UAE Hantar 83 Tan Bantuan Kecemasan Ke Nepal Susulan Banjir, Tanah Runtuh

30 Aug 2026 • 4:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

UAE Hantar 83 Tan Bantuan Kecemasan Ke Nepal Susulan Banjir, Tanah Runtuh

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghantar sebuah pesawat membawa 83 tan bantuan kecemasan ke Nepal bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di negara itu.

Menurut laporan Dubai Eye 103.8, bantuan berkenaan merangkumi bekalan makanan serta pelbagai keperluan perlindungan dan barangan kemanusiaan untuk disalurkan kepada mangsa yang memerlukan.

Penghantaran itu dibuat susulan arahan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang memperuntukkan AS$10 juta bagi membantu mangsa bencana berkenaan.

Dalam pada itu, UAE Aid Agency dengan kerjasama Kedutaan UAE di Nepal sedang menyelaras usaha bersama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bantuan berkenaan sampai kepada mereka yang terjejas.

Agensi berkenaan turut meneruskan kerjasama dengan organisasi antarabangsa berkaitan bagi memperkukuh dan menyelaras usaha bantuan kemanusiaan di kawasan bencana.

Bencana banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku pada Rabu lalu dilaporkan menyebabkan angka korban mencecah 750 orang setakat Ahad, manakala lebih 3,000 individu masih hilang di kedua-dua belah sempadan Nepal-China.

Baca juga:

Banjir besar itu berlaku selepas aliran deras membawa campuran ais, batu, lumpur dan serpihan menerjah lembah serta sungai di kawasan pergunungan, mengakibatkan kemusnahan besar di beberapa kawasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved