UASA ditangguhkan, sekolah beroperasi seperti biasa

LocalHealth & Fitness
18 Oct 2026 • 3:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UASA ditangguhkan, sekolah beroperasi seperti biasa

SEREMBAN – Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh ini ditangguhkan dan perlu dijadualkan semula berikutan keadaan jerebu yang masih melanda negara.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan memaklumkan, penangguhan itu turut membabitkan semua peperiksaan dalaman yang dikendalikan pihak sekolah, selaras dengan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 15 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, semua institusi pendidikan di bawah KPM di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok,”katanya.

Menurut kenyataan itu, murid disarankan memakai pelitup muka, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko.

“Ibu bapa dan penjaga yang bimbang akan kesan jerebu terhadap kesihatan anak-anak juga boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan ketidakhadiran itu kepada pihak sekolah.

“Dalam pada itu, semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 100.

“Aktiviti terbabit termasuk pendidikan jasmani, kokurikulum dan sukan, perkhemahan, keraian, perhimpunan serta aktiviti di dewan terbuka, selaras dengan Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UASA ditangguhkan, sekolah beroperasi seperti biasa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved