Ubati Rindu Peminat, Persembahan Bob Yusof Buat Ramai Terpukau

19 Sep 2022 • 5:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dikenali dengan gelaran Bob Mesra

Ubati Rindu Peminat, Persembahan Bob Yusof Buat Ramai Terpukau. Sebut sahaja Bob AF atau lebih mudah dikenali dengan gelaran Bob Mesra, mesti ramai yang kenal dengan kelunakan suaranya sehingga membuatkan ramai terpesona.

Baru-baru ini Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usop telah membuat persembahan dalam program hiburan Gegar Vaganza musim 9 dengan membawa lagunya sendiri berjudul Cinta Seorang Teman.

Artis kelahiran Sarawak itu telah memukau para penonton yang hadir dan rata-rata meluahkan perasaan rindu melihat persembahan Bob kerana sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

image is not available
Ubati Rindu Peminat, Persembahan Bob Yusof Buat Ramai Terpukau

Bob Yusof tetap relevan

Rata-rata ramai yang berpendapat Bob Yusof merupakan artis yang berkualiti tinggi kerana sehingga ke hari ini prestasi nyanyian tidak pernah merudum bermula dari pentas Akademi Fantasia hingga sekarang.

Bahkan, kemunculan Bob Yusof di pentas Gegar Vaganza telah mengubat rindu para peminatnya bukan hanya disebabkan suaranya yang merdu malah identiti Bob yang sopan dan lembut membuatkan peminat suka.

image is not available
Kredit: TikTok pasak_bumi

image is not available
Kredit: TikTok pasak_bumi

Pada 2004, Bob telah berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar mengikuti program hiburan Akademi Fantasia Musim 2.

Walaupun cemerlang melangkah ke konsert akhir, Bob berjaya menduduki tempat kelima. Turut bertanding di program itu ialah Zahid, Farah, Linda dan Adam.

Bob juga pernah menyertai Anugerah Juara Lagu pada tahun 2006 menerusi lagu Hantaran Hati dan menggantikan Faizal Tahir pada tahun seterusnya menerusi lagu Kasih Tercipta.

image is not available
Bob Yusof

Lagi kisah artis tempatan Sarawak kini semakin dikenali ramai, baca di sini: