Ubisoft Beri Permainan Di PC Secara Percuma Jika Pernah Dibeli Di Xbox

TechnologyGaming
28 Jul 2026 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ubisoft Beri Permainan Di PC Secara Percuma Jika Pernah Dibeli Di Xbox

Berita baik bagi pemilik permainan yang dikeluarkan Ubisoft pagi ini kerana jika anda pernah membelinya di Xbox, ia kini ditawarkan secara percuma juga di platform PC. Sebanyak 13 permainan Ubisoft boleh dinaik taraf ke versi PC. Selepas disahkan, kesemua permainan ini boleh diakses menerusi akaun Ubisoft Connect. Senarai permainan Xbox yang boleh dinaik taraf ke versi PC adalah seperti di bawah.

  • Assassin’s Creed Mirage
  • Assassin’s Creed Valhalla
  • Avatar: Frontiers of Pandora
  • Far Cry 6
  • Immortals Fenyx Rising
  • Prince of Persia: The Lost Crown
  • Riders Republic
  • Skull and Bones
  • The Crew 2
  • The Crew Motorfest
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  • Watch Dogs Legion

Jika ia dibeli lengkap dengan DLC dan kandungan premium di Xbox, ia turut akan dipindahkan ke versi PC secara percuma. Pada waktu ini sokongan hanya diberikan jika permainan Ubisoft dibeli secara digital di Xbox. Pembeli permainan versi fizikal malangnya tidak dapat menikmati tawaran menarik ini.

Juga pada ketika ini sokongan hanyalah versi Xbox ke PC sahaja. Jika anda memiliki versi PC, anda tidak boleh menerima versi Xbox secara percuma.

Sumber – Xbox Wire

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved