Ucap Terima Kasih, DSV Anggap Isu Viral Hanya Ujian - “Walaupun Memang Aib”

27 Nov 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available


Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengikutnya yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat kepadanya serta keluarga.

 

Ujian Allah


Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata dia menganggap apa yang terjadi kepadanya adalah satu ujian buat dirinya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, berikan kata semangat kepada saya, yang sokong saya daripada belakang.

“Dan tak putus-putus doakan saya dah keluarga supaya sentiasa dilindungi. 

"Saya anggap ini sebagai ujian, walaupun memang aib saya yakin dengan ujian ini ada hikmah besar dan anugerah yang lebih besar  yang Allah nak bagi,” ujarnya menerusi satu potongan video di Instagram.


Dalam video yang dikongsikan DSV yang juga penyanyi itu sempat membaca potongan ayat QS. AL- INSYIRAH: 5-6 dan berkata kebenaran akan terbukti juga satu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus kuat menghadapi ujian ini.

Terdahulu media melaporkan, barangan rumah dan empat kenderaan mewah milik Hasmiza di Ipoh, disita selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris, beliau dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan sebuah studio pada tahun 2018 berjumlah RM1,060,285. Perintah penyitaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.