Ucapan Anak Allahyarham Prof Diraja Naquib Al Attas Buat Ramai Tersentuh

LocalOpinion
9 Mar 2026 • 11:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ucapan Anak Allahyarham Prof Diraja Naquib Al Attas Buat Ramai Tersentuh

Pemergian Allahyarham Prof Diraja Dr Syed Muhammad Naquib Al Attas merundung pilu di segenap sudut.

Nama yang begitu ulung, menjadi rujukan dan sebutan sejak sekian lama.

Buah fikiran Allahyarham tidak hanya termaktub kepada penghasilan penulisan, malah terzahir menerusi pembinaan pelbagai institusi pendidikan dalam negara.

Antara institusi yang memahat legasi Allahyarham termasuk penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM dan ISTAC.

Legasi pemikiran Allahyarham turut diteruskan oleh generasi pewaris serta tokoh yang pernah menimba ilmu daripadanya.

Sumbangan beliau dalam membangunkan tradisi keilmuan Islam dan pemikiran Melayu terus dihargai oleh masyarakat, khususnya dalam kalangan sarjana, pelajar dan institusi pendidikan yang pernah disentuh oleh gagasan ilmunya.

image is not available
Kredit: Thread @jamizalzainol

Hari ini, waris kepada Allahyarham, iaitu anak lelaki sulungnya, Datuk Syed Ali Tawfik Al Attas naik ke atas mimbar bagi menyampaikan sepatah dua kata sejurus solat jenazah didirikan.

“Pertama sekali bagi pihak keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid.

“Saya boleh menceritakan segala usaha dan jasa beliau yang sudah kita ketahui.

“Segalanya benar tetapi saya rasa, kita tercicir satu perkara,” ucap anak lelaki sulung Allahyarham Prof Diraja Dr Syed Naquib.

Baca juga:

Antara bait kata yang menarik perhatian umum apabila beliau menyifatkan Allahyarham bapanya sebagai seorang yang bertindak dalam merealisasikan sesuatu perkara.

“Menjangkaui ketinggian akal fikirannya, beliau menzahirkan tindakannya dalam sesuatu perkara. Apa sahaja yang telah ditetapkan dalam mindanya, beliau bertekad untuk merealisasikannya,” kongsi Syed Ali.

Beliau mengimbau, legasi Allahyarham tidak hanya tentang intelektualisme.

“Ia satu kesenian dalam reka bentuk, kemanusiaan, politik dan dalam semua bidang,” katanya.

image is not available
Kredit: Thread @jamizalzainol

Jelasnya, segala usaha yang dilaksanakan Allahyarham merupakan satu pembuktian kepada kata-katanya.

“Ayah saya seorang yang baik. Beliau tidak pernah berbohong. Ketika dia berbicara, dia mengucapkan kebenaran. Ketika diberikan amanah, dia berpegang teguh dengannya.

“Allahyarham telah berjanji untuk mendidik dan menjadikan umat Islam mulia. Janji tersebut telah ditunaikan,” ujar beliau sambil menahan sebak.

Mengakhiri ucapannya, beliau memanjatkan doa buat Allahyarham dengan disaksikan ribuan jemaah yang hadir.