UCL: Liverpool mahu cipta kebangkitan semula

FootballSports
14 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Liverpool mahu cipta kebangkitan semula

LONDON – Liverpool berpeluang untuk menebus kekecewaan menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang kelab Austria, LASK yang akan berlangsung di Raiffeisen Arena awal pagi esok.

Skuad kendalian Andoni Iraola itu masih segar dengan kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu sehingga menyaksikan mereka jatuh ke tangga kesembilan.

Pemain pertahanan, Milos Kerkez menganggap pertemuan menentang LASK merupakan peluang terbaik untuk menebus kecewa selain menggesa rakan sepasukan supaya melupakan kekalahan kepada City.

“Dalam bola sepak, keputusan adalah perkara yang paling penting. Setiap kali melangkah masuk ke dalam padang, kami perlu fokus kepada satu tujuan, iaitu untuk mencatat kemenangan dan mengutip tiga mata.

“Kami terdesak untuk memenangi perlawanan, jadi aksi menentang LASK merupakan peluang terbaik kami. Saya harap semua pemain sudah bersedia untuk memastikan pasukan kembali catat kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, Iraola mengakui mereka masih belum dapat menerima kenyataan The Reds terpaksa akur tewas kepada City di laman sendiri, namun ia juga berpunca daripada kad merah yang dilayangkan kepada Ryan Gravenberch.

“Memang betul kami kecewa kerana kami sudah melakukan yang terbaik pada perlawanan itu, terutamanya di separuh masa pertama. Sekarang kami perlu alihkan sepenuh fokus untuk aksi seterusnya,” ujar Kerkez. – AGENSI

The post UCL: Liverpool mahu cipta kebangkitan semula appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved