
MUNICH – Bayern Munich berdepan ujian getir menjelang pertembungan menentang Arsenal dalam aksi Liga Juara-Juara pada awal pagi esok apabila tonggak utama, Michael Olise terpaksa disisihkan selepas digantung satu perlawanan.
Ketiadaan Olise dijangka menjadi tamparan besar buat juara Jerman itu, terutama ketika Bayern memerlukan kekuatan penuh untuk menguji kemampuan mereka menentang juara England berkenaan.
Pemain antarabangsa Perancis itu digantung selepas dilayangkan dua kad kuning ketika Bayern seri 3-3 menentang Viking minggu lalu sekali gus menerima kad merah pertama sepanjang kariernya.
Penyerang Bayern, Harry Kane menyifatkan Olise menjadi sandaran utama Bayern untuk menghasilkan jaringan dan jentera serangan perlu menggandakan usaha jika mahu meraih keputusan positif nanti.
Kane mengakui kehilangan Olise akan dirasai, namun menegaskan pemain lain perlu mengambil peluang untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
“Apabila kehilangan salah seorang pemain utama, sudah tentu kesannya akan dirasai. Namun, ketika inilah pemain lain perlu tampil dan membuktikan mereka mampu merebut peluang.
“Apa yang pasti, Arsenal bukanlah lawan yang mudah kerana mereka ada ramai pemain berkualiti dan kita perlu waspada,” katanya. – AGENSI
The post UCL: Bayern resah tanpa kelibat Olise appeared first on Kosmo Online.



