Bayern tempang tanpa sentuhan sayap

FootballSports
21 Oct 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bayern tempang tanpa sentuhan sayap

MUNICH: Bayern Munich berdepan ujian getir apabila melayan kunjungan Arsenal dalam aksi Liga Juara-Juara, esok tanpa pemain sayap, Michael Olise yang digantung perlawanan.

Bintang Perancis di Piala Dunia 2026 itu digantung selepas menerima dua kad kuning dalam tempoh seminit ketika Bayern seri 3-3 dengan Viking pada minggu lalu.

Pemain sayap itu menyerlah musim ini apabila meledak sembilan gol dan menghasilkan lima bantuan jaringan dalam 10 perlawanan semua pertandingan bersama Bayern.

Ketiadaannya bakal dirasai Bayern, terutama ketika Jamal Musiala bergelut dengan masalah kesihatan, manakala Serge Gnabry serta Lennart Karl belum mencapai prestasi terbaik.

Penyerang England, Harry Kane bakal menjadi sandaran utama apabila merekodkan sembilan gol dan enam bantuan jaringan dalam 10 perlawanan.

Ketika ketinggalan 0-2 kepada Viking minggu lalu, Kane menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan untuk membantu Bayern bangkit mengutip tiga mata.

Selepas Bayern membelasah RB Leipzig 6-1 dalam aksi Bundesliga, Sabtu lalu, Kane mengakui kehilangan Olise pasti dirasai, namun menggesa pemain lain merebut peluang.

“Kehilangan salah seorang pemain terbesar pasukan pasti dirasai, tetapi pemain lain perlu tampil dan membuktikan mereka mampu merebut peluang,” katanya.

Luis Diaz turut mencuri tumpuan ketika menentang Leipzig apabila menjaringkan tiga gol dan mencipta satu bantuan jaringan, antara persembahan terbaiknya sejak menyertai Bayern dari Liverpool pada 2025.

Arsenal pula hadir dengan keyakinan tinggi selepas memenangi 10 daripada 11 perlawanan semua pertandingan musim ini, sekali gus menjadi ujian besar buat Bayern.

Bayern menyingkirkan Arsenal pada suku akhir Liga Juara-Juara musim 2023-2024 tetapi tewas 1-3 dalam fasa liga musim lalu.

Kane berkata, pasukannya tidak sabar menguji kemampuan menentang antara kelab terbaik Eropah itu.

“Ini perlawanan besar menentang antara pasukan terbaik Eropah. Kami beraksi di laman sendiri dengan sokongan penyokong dan ia pasti menjadi malam yang istimewa,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

The post Bayern tempang tanpa sentuhan sayap appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved