UCL: Khidmat lima bintang ini bakal terlepas aksi Bayern Munich vs Arsenal

FootballSports
21 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

UCL: Khidmat lima bintang ini bakal terlepas aksi Bayern Munich vs Arsenal

Menjelang perlawanan tumpuan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) antara Bayern Munich dan Arsenal, menyaksikan seramai lima pemain bakal terlepas peluang untuk diturunkan di Allianz Arena, awal pagi nanti. 

Buat kem Arsenal, William Saliba masih berada dalam proses pemulihan susulan masalah kecederaan belakang yang kembali menghantuinya semasa Piala Dunia 2026 sebelum ini. Malah, pemain Perancis itu dijangkakan tidak akan dapat diturunkan hingga Disember nanti.

 

 

— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 20, 2026

 

Sementara itu, pemain sayap baharu, Christos Tzolis, juga berpotensi tidak akan diturunkan susulan masalah kecederaan pada bahagian hamstring ketika mewakili Greece baru-baru ini, manakala Piero Hincapie dalam pemulihan masalah buku lali yang dialaminya semasa sesi latihan.

Hanya Martin Zubimendi yang akan kembali ke pasukan selepas pulih kecederaan buku lali dengan Mikel Arteta berkongsikan:"Zubimendi sudah bersama pasukan, dia akan bersama kami." katanya.

 

 

 

Bagi kem Munich pula, Jamal Musiala tidak dapat diturunkan susulan kecederaan peha, sementara Michael Olise pula terpaksa menjalani penggantungan satu perlawanan selepas menerima kad merah ketika bertemu Viking minggu lalu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved