UCL: Juara Eropah amuk belasah Bratislava

Football
11 Sep 2026 • 8:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Juara Eropah amuk belasah Bratislava

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique memuji sumba­ngan Ousmane Dembele ketika membantu pasukan itu meraih kemenangan besar 6-1 ke atas Slovan Bratislava dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Parc des Princes awal pagi semalam.

Walaupun masih berada da­lam fasa untuk mencari semula kecergasan terbaik, pemain Pe­rancis itu masih mampu untuk menjelmakan permainan ber­kualiti apabila meledak dua gol buat PSG.

“Itulah Ousmane (Dembele) yang kita kenali dan kita lihat sejak tiga tahun lalu. Dapat melihat kebolehannya memberikan tekanan, mencipta peluang dan membantu pasukan adalah sesuatu yang cukup menyeronokkan.

“Dia bermain dengan baik walaupun sedang berusaha untuk meningkatkan tahap kecergasan, tetapi sudah pasti ia adalah sesuatu yang mengujakan untuk melihat dia bermain seperti ini,” kata Enrique.

Sementara itu, bintang Sepanyol, Ferran Torres merekodkan hatrik pada penampilan perta­manya bersama PSG di pentas Eropah, manakala Fabian Ruiz menghasilkan satu gol.

Pada perlawanan itu juga me­nyaksikan Enrique mengambil keputusan untuk merehatkan dua penyerang utamanya, Khvicha Kva­ratskhelia dan Desire Doue.

“Bagi saya, PSG akan menghampiri kejuaraan sekali lagi, namun pemain saya sudah pun berikan yang terbaik walaupun cabaran kali ini agak sukar,” kata pengendali Slovan Bratislava, Ya­ya Toure. – AGENSI

The post UCL: Juara Eropah amuk belasah Bratislava appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved