UCL: United tekad bangkit mahu belasah Sabah

FootballSports
10 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: United tekad bangkit mahu belasah Sabah

MANCHESTER – Aksi pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang kelab Azerbaijan, Sabah di Old Trafford awal pagi esok dijangka menjadi titik kebangkitan semula Manchester United pada saingan musim ini.

Selepas sekadar seri 2-2 dengan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini, pengurus The Red Devils, Michael Carrick mengharapkan anak buahnya mempamerkan perubahan bagi memastikan tiga mata penting.

Carrick menjelaskan, United akan cuba tampil dengan cara berbeza untuk berdepan Sabah bagi membolehkan pasukan kembali menemui rentak terbaik bagi mengharungi cabaran lebih sukar selepas ini.

“Kami sudah pun dipalit dengan kekecewaan (seri dengan Everton). Aksi dengan Sabah akan menjadi satu perlawanan yang lebih berbeza, begitu juga dengan perlawanan selepas itu.

“Saya fikir banyak perkara positif yang boleh diperkatakan untuk kami terus maju ke depan. Apa pun kami pastinya perlu tambah baik lagi dan terus bekerja keras bagi memastikan pasukan bersedia menghadapi Sabah,” katanya.

Sebagai rekod, The Red Devils memulakan tiga aksi awal Liga Perdana musim ini dengan keputusan tidak menentu apabila hanya berpuas hati dengan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Tiga mata ke atas Sabah awal pagi esok pastinya boleh dijadikan tonik tambahan buat United sebelum berdepan ujian lebih sukar menentang musuh setempat, Manchester City, Ahad ini. – AGENSI

The post UCL: United tekad bangkit mahu belasah Sabah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved