Udara di Pasir Gudang masih tidak sihat

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 5:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Udara di Pasir Gudang masih tidak sihat

PETALING JAYA – Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 182 setakat pukul 5 petang ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Kota Tinggi, Johor berada di tempat kedua dengan bacaan 179, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dan Larkin masing-masing 170.

Selain itu, Pengerang pula merekodkan bacaan 168, manakala Seremban, Bukit Rambai (Melaka) dan Batu Pahat (Johor) masing-masing mencatatkan bacaan 166.

“Kluang dan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU 161, diikuti Bandaraya Melaka dan Tangkak masing-masing 158.

“Selain itu, Shah Alam dan Alor Gajah, Melaka pula mencatatkan bacaan 157, manakala Segamat merekodkan bacaan IPU 156,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Putrajaya serta dua kawasan di Sarawak iaitu Kuching dan Serian masing-masing mencatatkan bacaan 155.

“Cheras, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya merekodkan bacaan IPU 154, manakala Batu Muda (Kuala Lumpur), Banting (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan), dan Rompin (Pahang) masing-masing mencatatkan bacaan 152.

“Samarahan, Sarawak pula merekodkan bacaan terendah dalam senarai berkenaan iaitu 138,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Udara di Pasir Gudang masih tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved