Ugut kes selenggara pemadam api, dua lelaki ditahan

22 Jun 2023 • 10:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian berkenaan.

SEREMBAN - Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai mengugut seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang di sini berhubung perkhidmatan menyelenggara alat pemadam api.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berumur 55 dan 24 tahun itu ditahan pada Selasa kira-kira jam 10.30 malam selepas menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 49 tahun mengenai ugutan tersebut sehari sebelum itu.

"Salah seorang daripadanya mempunyai rekod berkaitan dadah dan telah direman selama sehari bagi membantu siasatan kes.

"Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian seumpama itu atau sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berlagak seperti samseng dalam proses penyelenggaraan dan pembekalan alat pemadam api di balai polis berhampiran.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan hanya kerana enggan menyelenggara alat pemadam api dengan dua lelaki yang menyediakan perkhidmatan itu, seorang pemilik restoran mendakwa dia dimarahi.

Kejadian pada Isnin itu turut menyebabkan mangsa Lee Wai Peng, 49, bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved