“Ujian dalam berniaga” – Shuib Mengaku Kini Berdepan Hutang Puluhan Juta Ringgit

Entertainment
12 Feb 2025 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelawak dan ahli perniagaan, Shuib mengaku dia kini sedang berdepan hutang sebanyak puluhan juta ringgit dalam perniagaannya.

Kata Shuib lagi, hutang tersebut merupakan hutang perniagaan membabitkan pihak kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan cukai.

“Inilah risiko dan ujian dalam berniaga. Kalau berniaga kecil-kecil tidak pening sangat. Tetapi apabila perniagaan besar, memang ada cabarannya.

“Apabila jualan sudah capai puluhan ribu ringgit, kita rasa besar. Kemudian, ratusan ribu ringgit, sekarang, berjuta-juta ringgit, jadi risikonya pun besar. Tiada niaga juta-juta, risikonya kecil. Kata orang, besar periuk besarlah keraknya,” katanya.

image is not available

Namun begitu, Shuib mendakwa perniagaannya kini dalam keadaan baik. Apa yang perlu dibuat adalah mengurus dan merancang dengan lebih baik kelak.

“Kalau tersalah urus dan rancang, memang berdepan risiko, tetapi saya okay saja. Jika ahli perniagaan, perkara ini adalah normal. Baru hebat niaga juta-juta ringgit.”

“Saya takkan berhenti dengan rasa yakin. Saya pegang satu saja, selagi tidak berhenti, kita belum gagal. Perniagaan saya masih berjalan.”

Jelasnya lagi, banyak perkara yang perlu diperbetulkan, dia juga akui bahawa dirinya bukanlah orang pintar memandangkan diri berasal dari kampung, namun dia dikurniakan rezeki dan anggap ia adalah satu anugerah.

Jelasnya lagi, jika dia tidak mengetahui sesuatu perkara dalam selok-belok perniagaan, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk dia berusaha supaya menjadi tahu.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.