Ujian Dalaman Apple Mendapati Siri Masih Ketinggalan Jauh Berbanding ChatGPT

TechnologyDigital
20 Oct 2024 • 11:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple masih dalam proses pembangunan Apple Intelligence yang dijangka diperkenalkan kepada orang ramai bermula penghujung Oktober 2024 ini. Namun, pengenalan fasa awal masih terhad kepada beberapa ciri seperti ringkasan notifikasi, dan tidak menawarkan pengalaman menyeluruh. Siri generasi baharu juga dijangka tidak tersedia sepenuhnya.

image is not available

Melalui laporan baharu Bloomberg, ia dikatakan beberapa kajian dan ujian dalaman di Apple, mendapati Siri masih ketinggalan jikalau dibandingkan dengan ChatGPT yang dibangunkan OpenAI. Ia didapati OpenAI menawarkan jawapan 25% lebih tepat berbanding Siri, selain boleh menjawab 30% soalan lebih banyak berbanding Siri yang masih terhad.

Malah, ia dikatakan beberapa orang di Apple percaya teknologi generatif Apple hampir dua tahun ketinggalan dibelakang berbanding peneraju industri kecerdasan buatan pada hari ini.

Walaubagaimanapun, peluang kepada Apple masih besar, termasuk mereka mempu mengambil-alih syarikat kecerdasan buatan lain dengan mudah melalui kedudukan kewangan mereka yang kukuh. Disamping itu, Apple seperti tidak perlu risau sangat memandangkan mereka mempunyai kelebihan daripada akses peranti – dimana mereka boleh menawarkan apa-apa aplikasi atau perisian mereka dengan mudah ke ratusan juta peranti sekelip mata, berbanding syarikat pesaing lain.