Ulang-Alik 700KM Untuk Berjumpa Keluarga, Perjalanan Lelaki Ini Berakhir Tragedi – “Pengorbanan Seorang Ayah Dan Suami..”

LocalFamily & Parenting
28 Apr 2026 • 4:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rutin pengorbanan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang sanggup berulang-alik sejauh lebih 700 kilometer setiap minggu demi keluarga berakhir dengan tragedi apabila beliau dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya, Sabtu lalu.

Mangsa, Azman Mazni menghembuskan nafas terakhir ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Papar menuju ke kediamannya di Sibu kira-kira jam 9.45 malam.

Advertisement

Berita pilu itu dikongsikan oleh sahabat baiknya, S Faizzul Syar menerusi satu hantaran di Facebook. Difahamkan, arwah bertugas di Depot Imigresen Papar.

Menurut Faizzul, arwah menjadikan perjalanan jauh sebagai rutin mingguan untuk bertemu keluarga tercinta, sama ada di Miri atau Sibu.

image is not available

Katanya, perjalanan tersebut bukan sahaja merentasi negeri, malah melibatkan laluan antarabangsa melalui Brunei dengan jarak melebihi 700 kilometer.

“Pengorbanan seorang suami, ayah dan anak. Lebih kurang setiap minggu ulang-alik dari Depot Imigresen Papar (tempat kerja) ke rumah sama ada Miri atau Sibu.”

“Di Miri ada ibu nak dijaga. Di Sibu pula ada isteri dan anak. Perjalanan melebihi 700km merentasi Brunei,” kongsinya.

Pemergian arwah bukan sahaja dirasai sebagai kehilangan besar dalam kalangan rakan sekerja, malah meninggalkan kesan mendalam buat sahabat yang mengenalinya sejak kecil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-28 12:43:51

Founder Produk Dedah 'Dark Side' Jadi Penaja Anugerah, Mahu Bangkit Semula - "Saya Pernah Bagi RM3 Juta Tapi Dihentam Teruk"

The post Ulang-Alik 700KM Untuk Berjumpa Keluarga, Perjalanan Lelaki Ini Berakhir Tragedi – “Pengorbanan Seorang Ayah Dan Suami..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved