Ular-lar Tahun Baru Cina di MR D.I.Y.! Memperkenalkan filem web baru yang dibintangi Benz Hui

3 Jan 2025 • 5:09 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Ular-lar Tahun Baru Cina di MR D.I.Y.! Memperkenalkan filem web baru yang dibintangi Benz Hui
Bintang filem dan TV Hong Kong, Benz Hui Shiu-Hung, membintangi filem web Tahun Baru Cina MR D.I.Y., ‘The Family Trial’.

Peruncit kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y., bersedia menyambut Tahun Baru Cina dengan cara yang unik dan menyeronokkan menerusi kempen perayaan terbarunya. Dengan tema “Ular-lar” bagi meraikan Tahun Ular, kempen ini menawarkan pelbagai produk menarik, promosi hebat, dan sebuah filem web yang menampilkan pelakon terkenal Hong Kong, Benz Hui.

Image from: Ular-lar Tahun Baru Cina di MR D.I.Y.! Memperkenalkan filem web baru yang dibintangi Benz Hui
Filem web MR D.I.Y., ‘The Family Trial’ merupakan drama keluarga yang menyentuh hati dan melucukan.

Filem berdurasi hampir lapan minit yang bertajuk The Family Trial, merupakan drama keluarga yang menyentuh hati dalam suasana persidangan mahkamah yang unik. Ia mengisahkan perselisihan antara bapa dan anak mengenai kepulangan anaknya untuk menyambut Tahun Baru Cina di rumah. Gabungan adegan lucu dan momen menyentuh hati menjadikan jalan ceritanya amat menarik. Kisah ini mencapai kemuncaknya apabila anaknya mengetahui bapanya menghidap penyakit yang dirahsiakan, dan berakhir dengan makan malam untuk meraikan keutuhan hubungan kekeluargaan.

Filem web tersebut telah berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia, mencatatkan lebih daripada 11 juta tontonan di YouTube, TikTok, Facebook, dan Xiaohongshu hanya dalam beberapa hari selepas pelancarannya.

Untuk menambah kemeriahan perayaan, MR D.I.Y. turut melancarkan video muzik bertemakan tarian Tahun Baru Cina yang pertama, bertajuk “Ular-lar”. Peruncit ini juga menjemput rakyat Malaysia menunjukkan kreativiti mereka dengan menyertai cabaran tarian di media sosial untuk memenangi hadiah menarik. Jangan lupa menonton filem web dan video muzik ini di https://ularlar.mrdiy.com/.

Image from: Ular-lar Tahun Baru Cina di MR D.I.Y.! Memperkenalkan filem web baru yang dibintangi Benz Hui
Marilah menyanyi dan menari bersama dengan muzik video pertama MR D.I.Y., “Ular-lar”.

Mengumumkan program Tahun Baru Cina MR D.I.Y., Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Tahun Baru Cina adalah tentang berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan, dan orang tersayang, dan ini sering mencetuskan semangat keceriaan dan kegembiraan - sangat oooh-la-la! MR D.I.Y. sentiasa ada di dalam rumah-rumah di Malaysia semasa musim perayaan ini, dan kami ingin merakamkan semangat ini dalam program bertemakan ‘Ular-lar’ yang menggabungkan semua elemen yang disukai ramai tentang perayaan ini - berkunjung ke rumah keluarga, menikmati masa bersama dengan hidangan yang enak, dan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Filem web “Family Trial” yang menampilkan bintang Hong Kong Benz Hui Shiu-Hung serta lagu tema dan langkah tarian ‘Ular-lar’ yang boleh ditarikan oleh rakyat Malaysia menjadikan suasana perayaan kali ini lebih meriah untuk semua.”

MR D.I.Y. telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik sempena Tahun Baru Cina di cawangan-cawangannya, sambil terus menunaikan janji ‘Always Low Prices’.

“Kami ingin menyediakan keperluan perayaan yang mampu milik dan mudah didapati oleh rakyat Malaysia serta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan memuaskan. Semua ini adalah untuk menambah nilai dan menggembirakan orang ramai,” tambah Goh.

Peruncit ini juga menawarkan lebih 100 barangan keperluan Tahun Baru Cina di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara. Jangan ketinggalan menyertai pelbagai acara menarik di MR D.I.Y. PLUS di Mid Valley, KL; IPC Shopping Centre, Selangor; dan Mid Valley Southkey, Johor Bahru; serta program kebajikan komuniti di rumah-rumah penjagaan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Ular-lar’ Tahun Baru Cina MR D.I.Y., layari laman web rasmi www.mrdiy.com, platform e-dagang di mrdiy.com.my, dan saluran media sosial MR D.I.Y’s di Facebook, Instagram, dan TikTok.