Ular sawa 150kg sembunyi dalam longkang berhampiran gerai

LocalEnvironment
1 Nov 2026 • 4:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ular sawa 150kg sembunyi dalam longkang berhampiran gerai
Anggota APM menunjukkan ular sawa seberat hampir 150 kilogram selepas reptilia sepanjang empat meter itu berjaya dikeluarkan dari longkang berhampiran gerai menjual air nyiur di Jalan Budiman, Batu Buruk.
Image from: Ular sawa 150kg sembunyi dalam longkang berhampiran gerai
Usaha menangkap reptilia sepanjang empat meter itu berdepan cabaran tersendiri kerana kedudukannya di dalam ruang yang agak sempit sebelum berjaya dikawal.

​KUALA TERENGGANU — Seekor ular sawa seberat hampir 150 kilogram berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Terengganu selepas dikesan bersembunyi di dalam longkang berdekatan gerai menjual air nyiur di Jalan Budiman, Batu Buruk di sini.

​Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu, Mejar (PA) Muhamad Hanafi Hamdzah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 7.40 pagi berhubung penemuan haiwan liar berkenaan pada Rabu lalu.

​"Sebaik menerima maklumat, sebuah jentera bersama sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

**media[3696288]**

​Menurut beliau, usaha menangkap reptilia sepanjang empat meter itu berdepan cabaran tersendiri kerana kedudukannya di dalam ruang yang agak sempit sebelum berjaya dikawal.

​"Anggota APM mengambil masa selama empat jam untuk menangkap reptilia itu kerana saiznya yang besar serta agresif ketika cuba dikeluarkan dari longkang tersebut.

"Operasi menangkap ular berkenaan itu akhirnya selesai sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved