Cemas Satu Rumah, Ular Sawa Batik 6 Meter Bersembunyi Di Rak Dapur

22 Oct 2026 • 2:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Cemas Satu Rumah, Ular Sawa Batik 6 Meter Bersembunyi Di Rak Dapur

Ular sawa batik atau nama saintifiknya Malayopython reticulatus merupakan spesies ular yang terkenal sebagai ular terpanjang di dunia.

Reptilia ini mudah dikenali melalui corak sisiknya yang unik menyerupai anyaman batik. Haiwan ini juga boleh memasuki kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan, sumber air atau tempat perlindungan.

Ular sawa batik sepanjang enam meter ditemui

Seperti yang berlaku kepada sebuah keluarga di Kampung Baru Rajang, Sarawak, apabila mereka berdepan detik mencemaskan selepas menemui seekor ular sawa batik bersembunyi di rak dapur rumah mereka.

Detik cemas itu bermula apabila seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira enam meter dengan berat 15 kilogram ditemui sedang bersembunyi di dalam kotak di atas rak tersebut.

Image from: Cemas Satu Rumah, Ular Sawa Batik 6 Meter Bersembunyi Di Rak Dapur
Kredit: Facebook APM Tanjung Manis
Baca juga:

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanjung Manis, segera menggerakkan empat anggota mereka ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan oleh oram awam.

"Penghuni sebuah rumah di Kampung Baru Rajang berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira enam meter seberat 15 kilogram ditemui bersembunyi di dalam kotak rak dapur, pagi tadi.

"Susulan panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.48 pagi, APM Daerah Tanjung Manis segera menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian," katanya.

Image from: Cemas Satu Rumah, Ular Sawa Batik 6 Meter Bersembunyi Di Rak Dapur
Kredit: Facebook APM Tanjung Manis

Hasil daripada tindakan pantas dan cekap anggota bertugas, ular sawa batik tersebut berjaya ditangkap dengan menggunakan kaedah menjerut dan menyepit.

"APM menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap ular yang ditemui di kawasan kediaman kerana tindakan tersebut boleh mengundang bahaya," tambah APM lagi.

Selain itu, orang awam disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved