![Image from: [VIDEO] ‘Bunyi seret, mengesot, cakar pun ada’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-13-at-10.08.36-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila dia tidak menyedari rupa-rupanya selama ini dia tinggal bersama ‘penyewa’ tidak diundang iaitu seekor ular sawa yang bersembunyi di bahagian atap siling rumahnya.
Menerusi hantaran Thread Nrlishh, wanita itu hanya menyedari kehadiran reptilia itu selepas ia tidak bernyawa dan menjadi bangkai.
“Patutlah dah lama dengar bunyi atas atap, rupanya ya Allah. Ular sawa ‘bapok besor’ (besar sangat) dah jadi bangkai, baru tahu.
“Rumah teres setingkat je. Busuk bau benda mati mula-mula tu, hari ni tiba-tiba siling ada air menitik. Itu pecahkan siling tu. Allah, takut awak rumah saya ramai anak kecil,” katanya pada hantaran itu selain menjawab pertanyaan orang ramai.
Menjawab pertanyaan orang ramai, Nrlishhh berkata, dia menyedari ada terdengar bunyi seperti benda sedang mengesot dari bahagian tersebut sebelum ini.
“Bunyi seret-seret, mengesot macam tu. Cakar-cakar pun ada juga dengar,” katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas selain ada yang bimbang berdepan pengalaman seperti dilalui wanita tersebut.
“Jap bunyi dia macam mana eh? Bunyi macam seret-seret ke? Rumah saya ni akhir-akhir ni macam ada bunyi seret-seret tu. Risau pula,” komen Naily_nxjwa.
“Macam mana ular boleh naik atas tu. Lepas tu kan, bunyi dia macam mana atas bumbung tu, risau pula,” kata Aliateddy.
“Meremang tengok ular besar, tak boleh bayang lah kalau tengah lena malam jatuh sedebuk,” kata Deeyalee. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Bunyi seret, mengesot, cakar pun ada’ appeared first on Kosmo Online.






