Ulasan Nothing Phone (4a) Pro – Nampak Mercu, Rasa Mercu, Bukan Mercu

TechnologyDigital
3 Apr 2026 • 2:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti kelas pertengahan dari jenama Nothing adalah satu peranti yang agak popular disebabkan penggunaan rekaan yang luar dari nala dan juga prestasi yang stabil untuk kebanyakan pengguna. Nothing Phone (4a) Pro merupakan generasi Pro kedua mereka selepas (3a) Pro yang saya rasakan kurang “Pro”. Jadi adakah Phone (4a) Pro ini menepati namanya sendiri atau pun disebaliknya?. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ulasan ini.

image is not available
Nothing Phone (3)
Skrin6.83″ Flexible AMOLED, 144Hz, 5000 nits
1260 x 2800 piksel, 20:9 (440 PPI)
PemprosesSnapdragon 7 Gen 4 (4 nm)
Cip1 x 2.8 GHz Cortex-A720
4 x 2.4 GHz Cortex-A720
3 x 1.8 GHz Cortex-A720
Cip GrafikAdreno 722
RAM12GB RAM
Storan Dalaman256GB
(tiada kad mikroSD)
Kamera Utama50MP Lensa Utama, LYT 700C OIS
50MP Periskop Telephoto, OIS, 3.5x Optical, 140x Zum
8MP Ultra lebar
Kamera Depan50MP (lebar)
Bateri5080 mAh
Berwayar 50W
SIM/TelefoniDwi SIM Nano
eSIM
NFCYa
Infra MerahTiada
Kalis AirIP65
Sistem ImbasanImbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga JualanRM2299 (12/256GB)

Rekaan

Kalau saya tidak tahu yang Nothing Phone (4a) Pro ini peranti kelas pertengahan mungkin saya akan menganggap ini ialah peranti dalam kelas mercu. Rekaan yang dibawa oleh Nothing pada (4a) Pro ini lebih kemas dan premium. Peranti ini sudah menggunakan bahan binaan jenis aluminium untuk keseluruhan tubuhnya dan penggunaan rekaan kamera plateau. Badan aluminium ini juga menyumbang kepada ketahanan peranti ini sambil dilengkapi dengan IP65.

Paling penting adalah susunan kameranya kali ini lebih teratur dan sedap mata memandang. Jika pada Nothing Phone (3), saya rasakan yang Nothing terlalu memaksa rekaan sehingga menjadi terlampau unik tapi pada Nothing Phone (4a) Pro ini kelihatan lebih matang dan masih mengekalkan elemen unik. 

image is not available

Phone (4a) Pro ini telah meninggalkan penggunaan lampu Glyph dan kini digantikan dengan Glyph Matrix sebagai satu ciri unik pada peranti ini. Glyph Matrix pada Phone (4a) Pro ini kelihatan lebih kemas kerana ia menggunakan saiz piksel yang lebih besar berbanding dengan Phone (3).

Ciri Glyph Toys turut hadir bersama Glyph Matrix ini namun ia tiada banyak pilihan seperti yang ada pada Phone (3) kerana pada Phone (4a) Pro ini tidak butang kapasitif untuk mengawal Glyph Toys itu tapi pada saya ini bukanlah satu benda yang teruk kerana saya sangat jarang guna ciri Glyph Toys ini. 

image is not available

Selain badan aluminium, tahap kenipisan peranti ini juga membuatkan ia terasa seperti peranti mercu. Dengan ketebalan 8mm sahaja, Nothing Phone (4a) Pro ini adalah peranti yang kedua ternipis kerana takhta pertama masih lagi dipegang oleh CMF Phone 2 Pro. Dengan peranti yang nipis ini, ia membuatkan peranti ini terasa lebih premium apabila digenggam. Nothing Phone (3) pun tidak dapat berikan pengalaman yang sama walau memegang status peranti mercu Nothing.

image is not available

Salah satu perubahan saya suka yang Nothing bawakan pada Phone (4a) Pro ini adalah kedudukan butangnya. Bermula pada siri Phone (3a) kedudukan butang kuasa dan juga Essential Key diletakkan pada bahagian sisi kanan peranti jadi saya sering tersalah tekan antara dua butang ini. Namun pada siri Phone (4a) ini kedudukan butang kuasa dan aras suara diletakkan pada sisi kanan peranti dan hanya Essential Key sahaja pada sisi kiri peranti. Ini adalah perubahan kecil yang memberikan impak besar dalam penggunaan seharian.

image is not available

Skrin

Nothing Phone (4a) Pro dilengkapi dengan skrin Flexible AMOLED beresolusi 1.5k sambil menyokong kandungan HDR10+ dan tahap kecerahan yang paling tinggi dari semua peranti Nothing iaitu 5000nits. Selain itu, paparan ini juga menggunakan kadar segar semula 144 Hz. Kali pertama juga Nothing menggunakan kadar segar semula setinggi ini.

Tapi seperti Nothing Phone (3) juga, ia tidak menggunakan panel LTPO namun bukanlah satu isu besar kerana ini ialah peranti kelas pertengahan. Paparan ini juga mempunyai sokongan warna 10-Bit untuk berikan ketajaman warna yang lebih jitu. 

image is not available

Skrin yang diberikan ini dapat memberikan kualiti paparan yang sangat baik dari segi ketajaman, warna dan tahap kecerahan. Saiz 6.83” ini juga menambahkan lagi tahap kepuasan sambil dibantu dengan bezel yang lebih nipis. Saya tidak menghadapi apa-apa isu dengan skrin Nothing Phone (4a) Pro untuk kegunaan media, menonton filem atau bermain permainan mudah alih. Dari segi ketahanan pula, skrin ini menggunakan Corning Gorilla Glass 7i ia bukanlah yang paling kental namun cukup baik dalam kelasnya.

image is not available

Perisian – Nothing OS 4.1

Nothing Phone (4a) Pro menjalankan Nothing OS 4.1 berdasarkan Android 16. Ini adalah peranti pertama yang menjalankan Nothing OS 4.1 sebaik sahaja keluar dari kotak. Kalau diikutkan ini adalah tahun kedua saya menggunakan peranti Nothing sebagai peranti harian dan sejujurnya selepas menggunakan tiga generasi berbeza pada Nothing OS dan pada Nothing OS 4.1 ini baru saya rasa beberapa perkara baharu yang Nothing bawakan. Namun secara dasarnya masih mengekalkan DNA Nothing dengan pelbagai pemperibadian dan juga widget yang boleh digunakan. 

image is not available

Nothing OS 4.1 ini terasa lebih lancar kerana digabungkan dengan prestasi peranti ini sendiri. Animasi juga semakin kelihatan natural dan pantas apabila membuka tutup aplikasi. Nothing OS ini sendiri memberikan pengalaman penggunaan pada peranti kelas pertengahan ini seperti sebuah peranti mercu.

Seperti siri sebelum ini, ia masih lagi mengekalkan ciri Essential Space untuk membuat nota dengan bantuan AI. Fungsinya juga kebanyakan masih sama seperti sebelum ini cuma pada Nothing OS 4.1 anda boleh mengakses Essential Space pada peranti Nothing yang lain melalui simpanan awanan. 

image is not available

Jika dibandingkan dengan Nothing OS 2.0 dan 3.0, Nothing OS 4.1 kali ini ditujukan untuk pengguna lain untuk mencuba peranti Nothing kerana sedikit sebanyak saya nampak elemen Pixel yang lebih mesra pengguna pada Nothing OS kali ini. Untuk sokongan Android pula, Nothing memberikan sokongan sehingga 3 tahun dan juga 6 tahun untuk tampalan sekuriti. Ini bukanlah sokongan yang lama tapi sudah cukup memadai untuk sebuah peranti kelas pertengahan.

Prestasi

Nothing Phone (4a) Pro kali ini dikuasakan dengan cip berbeza dengan Phone (4a), bukan lagi seperti siri Phone (3a) yang menggunakan cip yang sama. Peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama gabungan 12GB LPDDR5X dengan storan 256GB UFS3.1. Namun satu perkara yang anda perlu tahu adalah cip yang digunakan ini sebenarnya sudah berusia satu tahun tapi bagi saya ia bukanlah satu perkara yang besar. Anda boleh lihat skor penanda aras ini sebagai rujukan. 

Berikut ialah perbandingan kemampuan Phone 4(a) Pro berbanding beberapa lagi peranti kelas pertengahan yang lain.

  • Poco X8 Pro – Dimensity 8500 Ultra (4 nm)
  • Vivo V70 – Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)
  • Oppo Reno15 – Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)
  • Oppo Reno14 Pro – Dimensity 8450 (4 nm)
  • Honor 400 Pro – Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm)
  • Google Pixel 10 Pro XL – Tensor G5 (3 nm)
  • Poco X7 Pro – Dimensity 8400 Ultra (4 nm)

AnTuTu 3D

PerantiSkor
Nothing Phone 4(a) Pro1,408,711
Poco X8 Pro2,086,502
Vivo V701,464,284
Oppo Reno151,412,018
Oppo Reno14 Pro1,437,541
Honor 400 Pro1,861,573
Google Pixel 10 Pro XL1,214,735
Poco X7 Pro1,590,533
image is not available

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Nothing Phone 4(a) Pro12823907
Poco X8 Pro17216340
Vivo V7013614181
Oppo Reno1512803857
Oppo Reno14 Pro16156174
Honor 400 Pro12246083
Google Pixel 10 Pro XL23036134
Poco X7 Pro15756121
image is not available

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Nothing Phone 4(a) Pro1993
Poco X8 Pro4120
Vivo X702093
Oppo Reno152082
Oppo Reno14 Pro3780
Honor 400 Pro4467
Google Pixel 10 Pro XL2567
Poco X7 Pro3839
image is not available

Walaupun skor penanda aras tidak terlalu tinggi namun penggunaan dalam dunia nyata terasa sangat lancar dan pantas. Saya pasti orang yang telah membeli peranti Nothing bukanlah seorang gamer kerana peranti ini tidak ditujukan kepada golongan itu tapi beberapa permainan seperti MLBB dan PUBG masih lagi boleh dimainkan pada tetapan sederhana ke tinggi namun peranti akan sedikit memanas. 

image is not available

Untuk penggunaan harian yang tipikal, peranti ini mampu memberikan prestasi yang mencukupi seperti yang dikatakan tadi malah terasa lebih pantas berbanding Phone (3a) Pro dahulu. Ini semua disebabkan penggunaan LPDDR5X dan juga storan UFS3.1. Peranti ini memang ditujukan khas untuk pengguna yang mencari keseimbangan dalam prestasi dan tidak dahagakan kuasa hanya cukup untuk melakukan tugas harian.

Kamera

Nothing Phone (4a) Pro masih mengekalkan penggunaan sistem tiga kamera utama yang terdiri daripada lensa utama 50MP OIS dengan sensor Sony LYT-700C. Lensa telefoto periskop 50MP dengan sensor Samsung JN5 yang dapat memberikan 3.5x optical zum dan zum maksimum sehingga 140x. Lensa ultra-lebar masih menggunakan 8MP dengan sensor Sony IMX355. Jujur saya harapkan lensa ultra-lebar ini diberikan nilai megapiksel yang sedikit tinggi. 

image is not available

Melalui teknologi TrueLens Engine 4.0 dengan sensor Sony LYT 700C ini, hasil gambar untuk lensa utama Phone (4a) Pro ini kelihatan sangat baik. Kawalan cahaya sangat baik meskipun mengambil gambar dalam waktu yang sangat terik cuma saya perasan yang kontras dalam gambar sedikit kurang pekat. Warna yang dihasilkan lebih ke arah natural seperti apa yang mata manusia sendiri nampak. Ketajaman juga kelihatan baik tanpa sebarang proses berlebihan yang akan membuatkan gambar nampak kurang cantik. 

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Nothing Phone (4a) Pro ini masih lagi mengekalkan lensa telefoto periskop seperti tahun lalu ia mempunyai kebolehan zum optikal 3.5x dan juga zum maksimum sehingga 140x tapi saya sangat sarankan untuk tidak menggunakan kebolehan zum maksimum itu. Kualiti gambar dari lensa telefoto ini juga seperti lensa utamanya, pada zum optikal 3.5x itu kelihatan sangat baik dan dapat mengekalkan butiran yang tinggi. Apabila sudah melebihi zum 3.5x ia akan menggunakan sistem zum digital yang saya rasa boleh digunakan 7x sahaja untuk kualiti yang baik.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Agak mengewakan adalah lensa ultra-lebar 8MP, sebenarnya ia masih lagi boleh digunakan jika dalam waktu siang atau pun kawasan dengan cahaya yang mencukupi. Disebabkan penggunaan TrueLens Engine 4.0, gambar waktu malam dengan lensa ultra-lebar ini masih boleh digunakan namun pada keadaan yang tiada langsung sumber cahaya yang kuat ia akan mula menunjukkan kelemahannya.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Bateri

Kapasiti bateri pula adalah sebesar 5080mAh, saya tidak pasti sama ada 80mAh itu boleh dikategorikan sebagai satu naik taraf atau tidak tapi yang saya pasti ketahanan baterinya boleh dikategorikan sebagai sangat baik dimana ia mampu bertahan sepanjang hari. Saya boleh membuka Google Maps dari Rawang sehinggalah ke Alor Star selama 6 jam dan baki bateri masih berada dalam 40%.

image is not available

Saya tidak pasti mengapa Nothing tidak bertukar terus kepada teknologi bateri Silikon Karbon yang mampu memberikan kapasiti yang lebih tinggi seperti kebanyakan pesaing dalam kelas yang sama.

Untuk pengecasan, Nothing masih lagi memberikan kuasa yang sama seperti Phone (3a) Pro dahulu iaitu 50W jadi masa pengecasan juga lebih kurang sama seperti dahulu dimana pengecasan dari 30% ke 100% hanya memakan masa dalam 40 minit. Ia tidak impresif dan tidaklah terlalu teruk namun Nothing sudah menambah pengecasan berbalik secara berwayar pada Phone (4a) Pro ini tapi alangkah lebih baik jika Nothing menambah sokongan pengecasan berwayar terus.

Apa Di Dalam Kotak

image is not available

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

  • 1 x Nothing Phone (4a) Pro
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-C
  • 1 x Kerangka
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM Lutsinar.

Kesimpulan

Nothing Phone (4a) Pro ini adalah sebuah peranti dalam kelas pertengahan yang rasa sangat premium seperti peranti mercu dari segi rekaan dan juga bahan binaan yang digunakan. Jika anda tidak mengejar kuasa dan prestasi, boleh dikatakan yang Phone (4a) Pro ini sangat baik dalam kegunaan seharian dan antara yang baik dalam kelas pertengahan. Nothing Phone (4a) Pro ini dijual pada tanda harga RM2299, ada kenaikan sedikit berbanding tahun lalu namun saya kenaikan ini munasabah oleh disebabkan harga memori yang makin meningkat.

image is not available

Pro

  • Reka bentuk setaraf peranti mercu.
  • Penggunaan skrin yang cantik.
  • Penggunaan storan UFS 3.1.
  • Susunan butang lebih memudahkan.
  • Penggunaan Glyph Matrix yang Kemas.
  • Sistem kamera yang lebih baik.
  • Ketahanan bateri yang baik.

Kontra

  • Prestasi yang tidak terlalu pantas.
  • Lensa ultra-lebar masih lagi 8MP
  • Tiada naik taraf besar pada kapasiti bateri.
image is not available