Ulasan Nubia Flip 5G – Peranti Katup Mampu Milik

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 1:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini beberapa telefon katup mampu milik mula memasuki pasaran Malaysia dengan pemproses kelas pertengahan dan spesifikasi yang lebih rendah. Adakah peranti katup mampu milik mampu menawarkan pengalaman yang sama seperti model mercu? Ini ialah ulasan kilat saya untuk Nubia Flip 5G.

image is not available

Spesifikasi

Nubia Flip 5G
Skrin6.9″ OLED, FHD+, 120Hz
1.43″ OLED, 60Hz
PemprosesSnapdragon 7 Gen 1 (4nm)

1x 2.54 GHz Cortex-A710
3x 2.36 GHz Cortex-A710
4x 1.8 GHz Cortex-A510
Cip GrafikAdreno 644
RAM8 GB LPDDR4X
12 GB Maya
Storan256 GB UFS 3.1
Kamera Utama50MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
2MP (Kedalaman)
Kamera Depan16MP
Bateri4310 mAh
33W (Berwayar)
Sim/TelefoniDwi-SIM 5G
AudioSpeaker Stereo
RangkaianWiFi 6e,
Bluetooth 5.2
NFC
Infra MerahTiada
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanCap jari sisi
Imbasan wajah
Harga JualanRM2499 (8/256 GB)

Skrin

Skrin dalaman sebesar 6.9″ OLED dengan kadar segar semuka 120Hz. Ianya terang, memaparkan warna dengan baik dan lebih penting boleh memaparkan kandungan walaupun di bawah cahaya matahari yang agak terik. Masih terdapat kesan lipatan yang agak ketara lebih-lebih lagi selepas Flip digunakan lebuh dua minggu.

image is not available

Skrin apabila dilipat terkatup rapat tanpa terdapat lubang rongga di antara skrin seperti model-model awal Galaxy Z Flip. Apabila dibuka dan ditutup tiada bunyi aneh dapat didengari daripada bahagian engsel.

image is not available

Kesan lipatan adalah mirip Z Flip3 dengan dapat dirasakan mekanisme lipat bawah skrin apabila jari dilakukan. Tetapi harus saya akui selepas sudah menggunakan peranti skrin lipat selama enam tahun, ini bukanlah sesuatu yang menakutkan.

Skrin luar 1.43″ OLED berbentuk bulat yang membuatkannya tidak begitu praktikal jika dibandingkan dengan skrin sekunder Z Flip atau Mix Flip. Terdapat mod AOD dan juga mengakses beberapa aplikasi seperti kalender, kamera, pemain muzik, pedometer, jam pemasa dan aplikasi rakaman audio.

Biometri

Sistem pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi dengan ia beroperasi pada kepantasan yang memuaskan. Ia adalah lebih pantas berbanding sistem imbasan wajah yang juga boleh digunakan. Saya masih menantikan peranti jenis Flip yang menyokong imbasan terus pada skrin seperti Vivo X Fold3 yang menyertakan imbasan pada skrin pada skrin luar dan juga pada skrin lipat di dalam.

image is not available

Rekaan

Rekaan adalah sama dengan Tecno Phantom V Flip dan Z Flip6. Malahan semua peranti katup di pasaran berkongsi 90% rekaan luaran. Bingkai loga yang kukuh mengelilingi tubuh dengan peranti akan berubah menjadi segi empat sama apabila dalam kedudukan tertutup. Panel belakang diperbuat daripada bahan plastik yang licin. Ia tidak memerangkap kotoran dengan mudah dan ini ialah satu perkara yang positif.

image is not available

Kemasan yang digunakan membuatkan peranti terasa premium di dalam tangan dengan beratnya juga terasa memuaskan. Butang laras audio dan kuasa pada sisi kanan diperbuat daripada logam juga terasa premium. Di sisi kiri diletakkan pula talam untuk dua SIM nano. Akhir sekali di bawah terdapat satu kekisi speaker serta satu port pengecasan USB-C.

image is not available

Mengelilingi skrin luar yang berbentuk bulat dikelilingi sebuah bonggol besar yang tidak begitu tinggi. Pada bezel skrin yang besar diletakkan satu lensa sudut lebar 50MP dan satu lagi lensa kedalaman 2MP. Flash diletakkan pada bicu atas kiri di luar bulatan bonggol kamera.

image is not available

Yang menunjukkan Flip 5G sebuah peranti kelas pertengahan ialah tiada langsung kemampuan kalis air. Maka berhati-hatilah apabila menggunakan peranti di luar kerana tiada jaminan kerosakan tidak akan berlaku sekiranya terkena air hujan.

Penggunaan – MyOS 13 

Yang paling menunjukkan Flip 5G ialah peranti kelas pertengahan ialah penggunaan sistem operasi MyOS 13 yang berasaskan Android 13. Adalah tidak boleh dimaafkan peranti yang dijual tahun 2024 masih menggunakan Android 13. Pada waktu artikel ditulis beberapa peranti dengan Android 15 sudahpun dilancarkan.

image is not available

MyOS 13 saya boleh katakan adalah sebuah sistem operasi yang masih mempunyai banyak fungsi menarik walaupun sudah agak berusia. Antaramukanya mudah difahami serta menggunakan elemen yang konsisten dengan Material Design. Saya sangat bersyukur era pengeluar peranti Android China dengan antaramuka yang sangat aneh telah berakhir.

image is not available

Ada ciri asas seperti AOD, kawalan gestur, mod sebelah tangan, dan mengubah susunan aplikasi pada skrin hadapan. Ciri Z-POP adalah seperti Assistive Touch pada iPhone dengan pintas untuk melancarkan lampu, memulakan semula peranti, melakukan tangkapan layar dan mengakses aplikasi yang telah dibuka boleh dilakukan dengan menekan butang bulat yang terapung. Saya secara peribadi tidak merasakan ciri ini berguna tetapi saya akur ada yang memang menggemari ciri seperti Z-POP ini.

image is not available

Kita kini di era peranti kecerdasan buatan (AI) maka adalah agak mengejutkan Flip 5G tidak hadir dengan sebarang ciri AI. Tiada bantuan menaip, menjana imej atau memadam objek dalam gambar. Bagi mereka yang anti-AI, ini ialah peranti katup untuk anda.

Penanda Aras

Cip Snapdragon 7 Gen 1 ialah sebuah cip kelas pertengahan yang dilengkapi empat teras Cortex-A710 dan Cortex-A510 yang dipadankan kepada GPU Adreno 644. Saya bandingkan cip ini dengan Snapdragon 7s Gen 2 (Realme 13+5G), Dimensity 7300 (CMF Phone 1), Dimensity 7020 (Infinix Note 40 Pro) dan Dimensity 8200 Ultimate (Infinix GT 20 Pro).

image is not available

AnTuTu 3D

  • Nubia Flip 5G – 510.410
  • Realme 13+ 5G – 741,709
  • Realme 13 Pro+ 5G – 613,504
  • CMF Phone 1 – 644,913
  • Infinix Note 40 Pro – 450,320
  • Infinix GT 20 Pro – 933,015

Geekbench 6

  • Nubia Flip 5G –1001/3051
  • Realme 13+ 5G – 921/2127
  • Realme 13 Pro+ 5G – 899/2763
  • CMF Phone 1 – 1044/2927
  • Infinix Note 40 Pro – 1120/3338
  • Infinix GT 20 Pro – 1244/3516

Geekbench AI

  • Nubia Flip 5G – 877/870/2034
  • Realme 13+ 5G – 621/594/1095
  • Realme 13 Pro+ 5G – 327/342/699
  • CMF Phone 1 – N/A
  • Infinix Note 40 Pro – N/A
  • Infinix GT 20 Pro – N/A

3DMark Wild Life Extreme

  • Nubia Flip 5G –826
  • Realme 13+ 5G – 855
  • Realme 13 Pro+ 5G – 809
  • CMF Phone 1 – 851
  • Infinix Note 40 Pro – N/A
  • Infinix GT 20 Pro – 1736

Prestasi menjalankan aplikasi lazim adalah amat memuaskan dengan ia boleh dibuka dengan pantas cuma kadang kala antaramuka peranti terasa sedikit tersekat-sekat. Ini hanya berlaku apabila di luar aplikasi. Adakah wujud isu optimasi dengan MyOS? Mungkin juga kerana Flip 5G tidak mempunyai masalah menjalankan permua seperti COD Mobile, PUBG dan MLBB pada tetapan sederhana tinggi.

image is not available

Tiada isu pemanasan dan aplikasi permua terasa seperti dijalankan pada sebuah peranti kelas pertengahan yang berkuasa. Hanya markah Antutu 3D di atas kami rasakan wujud anomali kerana sifar diberikan kepada kemampuan grafik 3D. Pengalaman permua Flip 5G adalah lebih baik berbanding Realme 13+5G yang diulas sebelum ini.

Kamera

Lensa sudut lebar 50MP dipadankan dengan sensor kedalaman 2MP di bahagian belakang dan kamera 16MP pula digunakan pada kamera swafoto. Tiada sistem OIS disertakan. Berdasarkan gambar-gambar di bawah dapat dilihat kemampuan kamera adalah tidak memuaskan. Waran tidak cukup hidup, imej tidak cukup tajam dan HDR tidak memuaskan. Walau dalam situasi pencahayaan yang baik sekalipun imej nampak lembut. Dalam situasi lebih gelap keadaan menjadi semakin tidak memuaskan kerana tiadanya OIS.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Mod pilihan warna tertentu sahaja

Audio

Sepasang speaker disertakan tetapi speaker bawah kedengaran lebih lantas. Isu yang sama hadapi dengan Z Flip6 juga berlaku pada Flip 5G. Jelas walaupun dalam dua kategori harga berbeza, peranti jenis Flip mempunyai masalah audio kurang seimbang yang sama. Audio adalah memuaskan dengan ianya jelas tetapi ikhlas saya katakan adalah lebih baik menggunakan fon telinga jika anda mahukan audio yang sama kuat pada kedua-dua telinga.

Bateri

Bateri 4310mAh adalah agak kecil maka ia tidak boleh bertahan sepanjang hari dalam penggunaan sederhana. Secara purata sekitar jam 7-8 malam bateri perlu dicas sekiranya pengecas dicabut jam 7 pagi. Ini adalah sekitar 2-3 jam lebih rendah berbanding hayat bateri peranti yang biasa saya gunakan. Pengecas 33W mampu mengecas semula bateri dalam masa sekitar 60 minit yang saya rasakan memuaskan.

image is not available

PESAING

Nubia Flip 5GSamsung Galaxy Z Flip6Xiaomi MIX Flip
Dalam – 6.9″ OLED, FHD+, 120Hz
Luar – 1.43”, OLED, 466 x 466, 60Hz
Dalam – 6.7″ Dynamic AMOLED 2X, FHD+, 120Hz, HDR10+
Luar – 3.4″ Super AMOLED, 720 x 748, 60Hz
Dalam – 6.8″ LTPO AMOLED, FHD+, 120Hz, HDR10+
Luar – 3.26″ AMOLED, 382 x 720, 60Hz
Snapdragon 7 Gen 1 (4nm)
1x 2.4 GHz Cortex-A710
3x 2.36 GHz Cortex-A710
4x 1.8 GHz Cortex-A510
Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy (4nm)
1x 3.39GHz Cortex-X4
3x 3.1GHz Cortex-A720
2x 2.9GHz Cortex-A720
2x 2.2GHz Cortex-A520
Snapdragon 8 Gen 3 (4nm)
1x 3.3 GHz Cortex-X4
3x 3.2 GHz Cortex-A720
2x 3.0 GHz Cortex-A720
2×2.3 GHz Cortex-A520
Adreno 644Adreno 750Adreno 750X
8GB LPDRR4X12GB LPDRR5X12/16 GB LPDDR5
256 GB UFS 3.1256/512 GB UFS 5.0256/512/1000 GB UFS 4.0
Kamera Utama
50MP, f/1.8 (Utama)
2MP, f/2.2 (Ultra-lebar)
Kamera Utama
50MP, f/1.8, OIS (Utama)
12MP f/2.2 (Ultra-lebar)
Kamera Utama
50MP, f/1.7, OIS (Utama)
50MP, f/2.0 (Telefoto 2x optikal)
Kamera Hadapan
16-Megapixel
Kamera Hadapan
10-Megapixel f/2.2
Kamera Hadapan
32-Megapixel f/2.0
TiadaIP48Tiada
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
4310 mAh (Berwayar 33W)4000 mAh (Berwayar 25W)4780 mAh (Berwayar 67W)
RM2,499 (8/256 GB)
RM4,999 (12/256 GB)
RM5,599 (12/512 GB)
RM4,999 (12/512 GB)

Apa Dalam Kotak

Berikut ialah komponen yang disertakan dengan setiap pembelian.

  • 1x Nubia Flip 5G
  • 1x Kerangka pelindung
  • 1x Kabel USB-C ke USB-C.
  • 1x Pengecas 33W
  • 1x Buku panduan dan keselamatan.
  • 1x Pin SIM

image is not available

Kesimpulan

Pengalaman penggunaan Nubia Flip 5G tidak sebaik Z Flip6 pada hemat saya. Perisiannya tidak begitu lancar walaupun dilengkapi pemproses kelas pertengahan yang agak berkuasa. Dosa paling besar peranti ini ialah masih lagi menggunakan sistem operasi Android 13.

image is not available

Pengalaman penggunaan tidak lancar tetapi prestasi gaming pula amat baik. MyOS 13 mempunyai isu tidak lancar apabila aplikasi tidak digunakan. Prestasi kamera juga sekadar biasa sahaja jika dibandingkan dengan peranti katup lain. Skrin sekunder di luar juga tidak begitu praktikal kerana saiznya yang kecil.

Kekuatan hanyalah terletak pada harga mampu milik RM2499. Tetapi tanpa maklumat sokongan kemas kini, bila ia akan menerima Android 14 dan perisian yang tidak lancar saya rasakan lebih baik membeli peranti katup yang sedikit lebih mahal seperti Z Flip5 yang mempunyai perisian yang disokong untuk tempoh lebih lama dan prestasi kamera jauh lebih baik.

PRO

  • Peranti katup kompak yang selesa digunakan.
  • Prestasi menjalankan permua adalah baik.
  • Harga mampu milik untuk peranti katup.
  • Pelbagai widget berguna pada skrin sekunder.

KONTRA

  • Kemampuan kamera adalah tidak memuaskan.
  • Masih menggunakan Android 13.
  • Tiada ciri AI.
  • Tiada maklumat mengenai sokongan kemas kini.

image is not available