Ini Sebab Mengapa OPPO Tidak Melancarkan Siri Find X Selama 2 Tahun

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 5:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jika anda perasan, sudah 2 tahun OPPO mendiamkan diri dalam melancarkan siri Find X untuk pasaran global. Kali terakhir siri Find X dilancarkan adalah OPPO Find X5 yang dilancarkan secara global pada tahun 2022. Selepas itu, mereka mendiamkan diri dari pelancaran siri Find X secara global dan memfokuskan jualan di China sahaja. Ini telah menjadi tanda tanya kepada peminat tegarnya tentang mengapa mereka mengambil masa selama 2 tahun untuk melancarkan telefon pintar siri Find X yang seterusnya? 

Kenapa Oppo “Berehat” Daripada Mengeluarkan Siri Find X?

Dalam masa 2 tahun, banyak peranti dilancarkan yang dipenuhi dengan teknologi yang lebih baharu dengan sistem yang lebih cekap. Tetapi mengapa OPPO memilih untuk berehat sebentar daripada mengeluarkan siri Find X secara global, disaat jenama-jenama telefon pintar yang lain melancarkan peranti yang baharu? Salah satu faktornya adalah OPPO sedang memfokuskan pengeluaran peranti boleh lipat mereka dan dalam masa yang sama ingin melihat bagaimana penerimaan orang ramai untuk kategori telefon pintar baru mereka ini. Dalam tempoh itu juga, boleh dikatakan banyak pembaharuan dan kemaskini teknologi yang dilakukan pada siri Find X seperti cip pemprosesan, bateri, cip dalaman dan rekaannya. 

Jika anda ingin tahu, sebenarnya dalam tempoh itu juga OPPO sedang menganalisa dan membuat tinjauan tentang setiap permintaan dan apa yang boleh dinaik taraf agar kita sebagai pengguna berasa berpuas hati dengan setiap pembelian peranti mereka. OPPO mengambil berat setiap maklum balas pengguna tentang apa yang perlu ditambah baik pada perantinya. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan ini juga, OPPO dapat merumuskan permintaan pengguna dalam misi menghasilkan peranti yang menepati kehendak kita sebaik sahaja peranti baharu mereka dilancarkan. 

Perkara ini boleh dilihat semasa OPPO Find X6 dan OPPO Find X7 dilancarkan. Mereka mendapat pujian yang positif daripada penggunanya tentang sistem kamera, rekaan dan juga spesifikasi dalaman. Ini merupakan peluang untuk OPPO menghasilkan sesuatu yang baharu seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Disebabkan ini, OPPO mengambil langkah untuk membuat kemunculan semula dalam memasarkan siri OPPO Find X8 secara global dengan teknologi yang lebih canggih untuk anda yang menanti-nantikannya. Selain itu juga, disaat jenama-jenama peranti lain mengintegrasikan ciri-ciri AI pada peranti mereka, OPPO juga tidak mahu ketinggalan dalam melancarkan peranti pintar mereka yang dilengkapi ciri AI. Ini sekaligus akan menjadikan siri OPPO Find X8 ini sebagai peranti mercu pertama daripada OPPO yang dilengkapi dengan teknologi ini. 

image is not available

Ini membuktikan bahawa OPPO menerima setiap maklum balas yang diberikan agar dapat menaik taraf peranti mereka menjadi lebih canggih mengikut perkembangan zaman. Pembaharuan yang dilakukan ini merupakan misi OPPO untuk menghasilkan telefon pintar yang mampu memberikan pengalaman yang luar biasa untuk anda  yang ingin menggunakannya. 

Sebagai pengguna, kami mengharapkan setiap produk baharu yang dikeluarkan mempunyai jurang pembaharuan yang lebih besar dan ketara. Penambahbaikan dari segi spesifikasi dalaman yang lebih terkini adalah suatu kemestian untuk penggunaan yang lebih memuaskan. Untuk yang tidak tahu, siri Find X ini merupakan peranti mercu yang mewah keluaran  OPPO. Disebabkan inilah kami yakin bahawa pelancaran siri OPPO Find X8 yang akan datang ini akan membawa sesuatu yang baharu terutama pada teknologi sistem kamera, rekaan dan ciri-ciri lain. Oleh itu, ia bakal menjadi sebuah peranti yang ditunggu-tunggu oleh peminat tegar siri Find X. 

Kesimpulan 

Tempoh 2 tahun yang diambil oleh OPPO bukanlah rehat tidak melakukan apa-apa tetapi bertujuan untuk menganalisa setiap maklum balas pengguna tentang teknologi terkini. Ini akan memberikan peluang kepada OPPO untuk menghasilkan peranti yang diinginkan oleh orang ramai sejurus ia dilancarkan. Pasti ramai yang menantikan siri Find X ini memasuki pasaran secara global. Ini kerana, setiap siri Find X yang dilancarkan menawarkan sistem kamera yang berkualiti untuk aktiviti fotografi. Tambahan pula, peranti ini dikatakan akan dilengkapi dengan ciri-ciri AI yang memudahkan dalam penggunaan aktiviti seharian. Namun, harga bukanlah sesuatu yang ingin OPPO bandingkan tetapi mereka lebih mengutamakan untuk menyediakan produk yang lebih berkualiti seiring dengan industri digital global. 

Untuk mereka yang tertunggu peranti ini dipasarkan secara global, 21 November adalah tarikh siri OPPO Find X8 akan dilancarkan. Bagi anda yang berminat, siri OPPO Find X8 kini sudah boleh untuk di pra tempah hari ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat pra-tempahan peranti anda hari ini sehingga 29 November 2024. Bagi setiap pra-tempahan, anda berpeluang untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,214. Jika anda berminat untuk dapatkannya, boleh daftar minat anda  di laman rasmi mereka.