Di Amanz, kebanyakan model Samsung Galaxy Z Flip telah diulas oleh saya dan saya telah terbiasa dengan One UI untuk telefon boleh-katup. Skrin besar pada Galaxy Z Flip6 membuatkan saya suka menggunakan ciri-ciri di Cover Screen tetapi bagaimana pula dengan Xiaomi MIX Flip? Dengan ia mula dijual di Malaysia adakah telefon boleh-katup generasi pertama Xiaomi ini memadai?

SPESIFIKASI & REKAAN
Skrin Dalam – 6.86″ CrystalRes OLED LTPO 120Hz,
2912 x 1224, 460ppi, 3000nits, Dolby Vision
Luar – 4.01″ All Around Liquid OLED 120Hz,
HD+, 460ppi, 3000nits, Xiaomi Shield GlassCPU/GPU CPU
Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 (4nm)
1x 3.3 GHz Cortex-X4
3x 3.2 GHz Cortex-A720
2x 3.0 GHz Cortex-A720
2x 2.3 GHz Cortex-A520
GPU
Adreno 750 1GHzMemori/Storan 12GB LPDDR5X
512GB UFS 4.0Kamera Kamera Utama
LEICA VARIO-SUMMILUX
50MP Light Fusion 800, ƒ/1.7, OIS, Sudut Lebar
50MP OV60A, ƒ/2.0, Telefoto Terapung Leica
Leica Authentic Look, Leica Vibrant Look
Master-lens
Kamera Swafoto
32MPƒ/2.021mmBateri 4780mAh
67W HyperCharge
PD3.0, PD2.0, Mi-FC 2.0SIM/Telefoni Nano/5G NFC Ya Bicu Audio Tiada Kalis Air Tiada Sistem Imbasan Pengimbas cap jari sisi
Imbasan wajah AIHarga Jualan RM4,999 (12/512 GB
Rekaan MIX Flip adalah yang berani kerana tidak menggunakan rekaan rata di belakang seperti pesaing. Xiaomi memilih menggunakan rekaan seakan terdapat dua modul berbeza digabungkan dengan magnet. Pada awal, memegang peranti ini rasa aneh tetapi selepas lebih seminggu dan kemudian menggunakan kerangka pelindung diberikan – memegang peranti ini rasa lebih selesa kerana memberikan cengkaman yang baik.

Rekaan peranti turut menarik perhatian ramai kerana skrin luar OLED All Around Liquid yang gergasi. Ia bersaiz 4.01-inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan mencapai 3000 nits. Skrin besar ini walau bagaimanapun bukan menyeluruh kerana terdapat dua kamera utama padanya. Ia juga sebenarnya bukan satu panel penuh sebaliknya seakan mempunyai dua panel skrin berbeza dengan perisian yang memadankan warna dan kandungan untuk memberi ilusi ia adalah satu panel.

Skrin dalam juga cukup besar iaitu 6.86-inci OLED CrystalRes dengan kadar segar semula 120Hz LTPO, kecerahan 3000 nits dan sokongan Dolby Vision. Kesan lipatan tidak begitu kelihatan berbanding pada Galaxy Z Flip6. Ia adalah antara skrin fon boleh-katup paling cantik pernah saya gunakan.

Sudah tentu tidak lupa yang kerjasama Xiaomi dan Leica untuk MIX Flip. Peranti ini menggunakan sistem lensa LEICA VARIO-SUMMILUX dengan sensor 50MP sudut lebar dan 50MP ultra sudut lebar. Sementara itu untuk swafoto pula sensor 32MP digunakan. Sokongan profil warna Leica Authentic Look, Leica Vibrant Look dan mod potret Master-lens yang sama pada Xiaomi 14 turut diberikan.

PENGALAMAN PENGGUNAAN FLIP PERTAMA XIAOMI
Saya amat berpuas hati dengan skrin dalam MIX Flip. Malah, Samsung yang sudah mempunyai enam generasi tidak mampu menawarkan warna secantik peranti generasi pertama Xiaomi ini. Kecerahan 3000 nits dan paparan dinamik HDR padanya sangat memuaskan untuk suntingan video/gambar, bermain permua dan menstrim kandungan video. Kadar segar semula 120Hz juga lancar kerana menyokong sistem adaptif LTPO antara 1 hingga 120Hz bergantung kepada aplikasi yang dibuka.

Skrin luar MIX Flip pula rasa selamat digunakan dengan pelindung Xiaomi Shield Glass. Penggunaan di skrin luar adalah baik, dengan banyak sokongan aplikasi dan widget. Sebaik sahaja aplikasi dibuka, penggunaannya terus berubah menjadi seakan menggunakan Oppo Find N3 Flip. Ini kerana HyperOS cukup bijak dalam mengendalikan resolusi paparan aplikasi untuk skrin yang mempunyai dua kamera besar. Ini menjadikan aplikasi seakan dipaparkan dalam mod dwi-skrin satu aplikasi dalam skrin kecil dan satu lagi ruangan khas widget.

Xiaomi MIX Flip masih menjalankan HyperOS berasaskan Android 14. Banyak ciri AI diberikan sama dengan Xiaomi 14T. Tambahan padanya adalah ciri skrin luar untuk mengubah widget, jumlah aplikasi dam pilihan gambar latar. Xiaomi tidak banyak menawarkan ciri multi-tugasan atau mod flex menarik pada peranti ini.

Antara ciri multi-tugasan yang baik adalah dwi-aplikasi kerana paparan dua kotak yang sama rata. Cuma tidak banyak aplikasi yang seronok digunakan dalam saiz kecil seperti ini berbanding pada Galaxy Z Fold6 atau MIX Fold. MIX Flip tidak mempunyai banyak ciri unik berbanding apa yang ditawarkan oleh Samsung.

Saya faham yang MIX Flip adalah peranti generasi pertama, tetapi harga jualan sudah mencapai hampir RM5,000 jadi sepatutnya Xiaomi perlu berikan lebih banyak ciri dan fungsi lebih berguna. Ciri menjadikan peranti sebagai perakam video sudah lama diperkenalkan oleh Samsung, ciri AI pada peranti ini juga tidak begitu pelbagai dan ciri lain terhad pada kamera sahaja.

PRESTASI DAN PENANDA ARAS
Sama seperti Samsung Galaxy Z Flip6, Xiaomi juga menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3. Menariknya, pengoptimasian HyperOS dilihat lebih efisien berbanding One UI. Ini membuatkan Xiaomi mempunyai prestasi lebih baik, skor penanda aras yang tinggi dan benar-benar memberikan pengalaman penggunaan yang bebas lengah masa serta bebas masalah memanas.

AnTuTu 3D
- Xiaomi MIX Flip – 1,631,242
- Samsung Galaxy Z Flip6 – 1,361,432
- OnePlus 12 – 1,579,634
- iQOO 12 – 2,075,821
- Xiaomi 14 – 1,773,520
3DMark – Wild Life Extreme
- Xiaomi MIX Flip – 4,330/25.93 FPS
- Samsung Galaxy Z Flip6 – 4,574
- OnePlus 12 – 4632/27.74 FPS
- iQOO 12 – 5045/30.22 FPS
- Xiaomi 14 – 4499/26.94 FPS
Geekbench 6
- Xiaomi MIX Flip – 2,074/6,130
- Samsung Galaxy Z Flip6 – 2,061/5,760
- OnePlus 12 – 967/5020
- iQOO 12 – 2181/6631
- Xiaomi 14 – 1741/6313

Saya tidak begitu gemar bermain permua dengan peranti fon boleh-katup, tetapi saya kerap bermain Marvel Snap dan Asphalt Legends. Dua permua ini sudah memuaskan hati saya dengan prestasi yang lancar dan pantas. Game Turbo pada awal masih memaparkan iklan tetapi selepas dikemaskini iklan terus hilang. Satu pujian baik saya berikan kepada Xiaomi.
KAMERA
Dengan pengenalan Xiaomi MIX Flip yang menggunakan kamera Leica, ia secara tidak langsung menjadi fon boleh-katup dengan kamera paling cantik di pasaran Malaysia. Macam biasa, ada beberapa mod flex boleh digunakan seperti mod perakam video, mod rakam video dan ambil gambar sendiri dengan menggunakan skrin luar sepenuhnya atau masih menggunakan kawalan dari skrin dalam tetapi skrin kuar menjadi viewfinder. Masalahnya adalah tiada kawalan gestur, dan perlu bergantung kepada pemasa sahaja.

Hasil gambar dan video untuk peranti yang berharga hampir RM5,000 ini tidak setaraf dengan peranti mercu mereka yang lebih murah seperti Xiaomi 14. Sebaliknya, kualiti kamera adalah seakan antara Xiaomi 13 dan Xiaomi 13T sahaja tetapi dengan pemeliharaan butiran lebih baik.









VIDEO
Kualiti video juga kelihatan baik dengan kemampuan rakaman Dolby Vision. Cuma rakaman video 4K mudah membuatkan peranti memanas dan hasil penstabilan kadangkala tidak konsisten. Untuk warna, fokus dan butiran ia cukup baik tetapi pada hemat saya rakaman video masih didahului oleh Samsung.
BATERI
Sebelum ini saya katakan Samsung Galaxy Z Flip6 adalah telefon boleh-katup dengan bateri paling tahan lama tetapi Xiaomi MIX Flip ini telah menewaskannya. Ia boleh mencapai 8 jam SOT yang adalah satu jam lebih panjang berbanding Z Flip6.
Ini adalah untuk penggunaan ringan, sementara penggunaan berat boleh mencapai sehingga 7 jam. Tidak lupa yang Xiaomi turut menyokong pengecasan paling pantas untuk peranti kategori ini, di mana 67W mengambil masa sekitar hanya 30 minit untuk peranti dicas sehingga penuh.

AUDIO
Salah satu kelemahan MIX Flip adalah pada speaker kerana bunyi yang tidak seimbang kelantangannya dan tidak konsisten. Ia enak kerana Dolby Atmos, namun profil audionya tidak memuaskan membuatkan audio terbaik untuk peranti kategori ini masih dipegang oleh Samsung.

PESAING
Xiaomi MIX Flip Samsung Galaxy Z Flip6 Nubia Flip Dalam – 6.86″ OLED LTPO 120Hz, 2912 x 1224,
Luar – 4.01″ OLED 120Hz,
1392 x 1208, Xiaomi Shield GlassDalam – 6.9″ OLED, 1080 x 2640, 120Hz
Luar – 3.4”, Super AMOLED, 720 x 748, 60Hz, Gorilla Glass Victus 2Dalam – 6.9″ OLED, 1188 x 2790, 120Hz
Luar – 1.43”, OLED, 466 x 466, 60HzQualcomm Snapdragon 8 Gen 3 (4nm)
CPU
1x 3.3 GHz Cortex-X4
3x 3.2 GHz Cortex-A720
2x 3.0 GHz Cortex-A720
2x 2.3 GHz Cortex-A520
GPU
Adreno 750Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy (4nm)
CPU
1x 3.39GHz Cortex-X4
3x 3.1GHz Cortex-A720
2x 2.9GHz Cortex-A720
2x 2.2GHz Cortex-A520
GPU
Adreno 750 1GHzSnapdragon 7 Gen 1 (4nm)
CPU
1x 2.4 GHz Cortex-A710
3x 2.36 GHz Cortex-A710
4x 1.8 GHz Cortex-A510
GPU
Adreno 64412GB LPDRR5X
512 GB UFS 4.012GB LPDRR5X
512 GB UFS 4.08GB LPDRR5X
256GB UFS 4.0Kamera Utama
50MP, ƒ/1.7, OIS, Sudut Lebar
50MP, ƒ/2.0, Telefoto
Kamera Swafoto
32-Megapixel, ƒ/2.0Kamera Utama
50MP, ƒ/1.8, OIS, Sudut Lebar
12MP, ƒ/2.2, Sudut Lebar
Kamera Hadapan
10-Megapixel ƒ/2.2Kamera Utama
50MP, ƒ/1.8, Sudut Lebar
2MP, ƒ/2.2, Sudut Ultra Lebar
Kamera Hadapan
16-MegapixelTidak kalis air IP48 Tiada Tiada bicu audio Tiada bicu audio Tiada bicu audio Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo 4780 mAh (Berwayar 67W) 4000 mAh (Berwayar 25W) 4310 mAh (Berwayar 33W) RM4,999 (12/512 GB RM4,999 (12/256 GB)
RM5,599 (12/512 GB)RM2,499 (8/256 GB)
APA ADA DALAM KOTAK?
- 1x Xiaomi MIX Flip
- 1x Kerangka Pelindung
- 1x Pengecas HyperCharge 67W
- 1x Kabel penegcas USB-A ke USB-C
- 1x Set buku panduan/keselamatan
- 1x Pin SIM

KESIMPULAN
Xiaomi MIX Flip menawarkan pengalaman penggunaan yang menarik untuk telefon boleh-katup generasi pertama. Namun ia tidak cukup lengkap bagi sebuah peranti yang dijual pada harga premium RM4,999. Ia sekadar telefon Xiaomi yang boleh dikatup dan tidak lebih daripada itu. Ciri flex yang diberikan terhad, ciri AI tidak banyak dan kemas kini pula terhad kepada 4 tahun sahaja jika dibandingkan dengan peranti Z Flip6.

Kekuatan MIX Flip adalah pada kamera Leica sahaja, lain-lain saya akan menyarankan pengguna membeli Samsung Galaxy Z Flip6 atau jika benar-benar ingin berjimat boleh mencuba Tecno Phantom Flip atau Nubia Flip.
Pro
- Rekaan skrin luar yang besar dan berguna.
- Kamera yang sangat cantik untuk telefon boleh-katup.
- Bateri yang tahan lama dan pengecasan pantas.
- HyperOS yang lancar dan pantas.
- Rekaan peranti yang ada kelainan.
- Skrin yang sangat memuaskan.
Kontra
- Kamera tidak setanding harga peranti.
- Ciri flex terhad kepada kamera sahaja.
- Audio yang tidak begitu enak.
- Engsel yang mencurigakan.
- Ciri AI dan kemas kini yang terhad.


