UM mohon maaf, akui adegan teater tular langgar garis panduan

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 10:23 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Universiti Malaya (UM) memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku susulan tularnya sebuah persembahan teater yang mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Menurut UM, berdasarkan syarat umum dan peraturan Karnival Teater (KARVITER) Universiti Malaya, setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.

“Hasil penelitian mendapati adegan yang dipersembahkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan, sekali gus merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang ditetapkan,” katanya.

Sehubungan itu, UM menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan universiti.

Baca juga:

Dalam pada itu, UM memaklumkan persembahan tersebut turut diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai, manakala tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan dan memastikan insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.

Terdahulu, video tular adegan berkenaan mendapat kritikan pendakwah bebas, Firdaus Wong yang meluahkan kebimbangan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti terkemuka melibatkan pementasan teater yang mengandungi adegan tidak sesuai.

The post UM mohon maaf, akui adegan teater tular langgar garis panduan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved