Umat Islam Diseru Tunai Solat Hajat, Doakan Keselamatan Al-Aqsa Dan Malaysia Selepas Solat Jumaat

19 Oct 2026 • 11:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Umat Islam Diseru Tunai Solat Hajat, Doakan Keselamatan Al-Aqsa Dan Malaysia Selepas Solat Jumaat

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diseru melakukan solat hajat dan berdoa selepas solat Jumaat agar Masjid Al-Aqsa di Palestin dilindungi daripada pencerobohan manakala Malaysia pula terhindar daripada musibah akibat bencana jerebu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata jabatan itu menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar setiap masjid melakukan solat hajat selepas solat Jumaat dan membacakan doa khusus bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh pelaksanaan titah baginda dan menyeru umat Islam memohon agar Masjid Al-Aqsa sentiasa dipelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan serta kezaliman.

“Pada masa sama, doa dimohon agar bumi Malaysia dipelihara dan dihindarkan daripada musibah jerebu yang menjejaskan kesihatan serta kehidupan seharian rakyat.

“Semoga kesatuan hati dan kesungguhan doa seluruh umat Islam ini diangkat oleh Allah SWT seterusnya mengurniakan perlindungan, keselamatan, dan rahmat-Nya buat bumi Palestin yang dekat dengan jiwa kita serta negara Malaysia tercinta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, Sultan Sharafuddin menitahkan agar setiap masjid di Selangor melakukan solat hajat selepas solat Jumaat dan membacakan doa khusus agar Masjid Al-Aqsa di Palestin dilindungi daripada pencerobohan manakala Malaysia pula terhindar daripada musibah akibat bencana jerebu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved