UMediC catat pendapatan RM14.2 juta pada suku pertama FY2026

LocalBusiness & Finance
8 Dec 2025 • 6:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UMediC catat pendapatan RM14.2 juta pada suku pertama FY2026
image is not available
haziq08/12/2025 - 18:26 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Dis – UMediC Group Berhad (UMC) mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 8.5% kepada RM14.2 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Julai 2026, berbanding RM13.1 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, menurut makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Pertumbuhan itu menyumbang kepada keuntungan kasar meningkat 6.1% kepada RM5.4 juta, manakala keuntungan selepas cukai naik 1.4% kepada RM1.9 juta, kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini. 

 

Peningkatan prestasi didorong terutamanya oleh permintaan tinggi bagi peranti perubatan daripada hospital awam dan swasta serta penyedia perkhidmatan kesihatan lain.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lim Taw Seong berkata, prestasi suku pertama ini menunjukkan kemampuan kumpulan untuk mencapai pertumbuhan berterusan. 

 

"Selain daripada prestasi kewangan, kami berada dalam tempoh yang menarik dengan pengembangan peranan kami dalam ekosistem penjagaan kesihatan melalui penyediaan kenderaan dan perkhidmatan ambulans, pusat kesihatan khusus serta penubuhan pusat pembelajaran," katanya.

 

UMC berkata langkah pengembangan itu bakal memperkukuh kedudukan syarikat dalam industri peranti perubatan dan pelbagai segmen penjagaan kesihatan, sambil menjana peluang pertumbuhan jangka panjang bagi pelabur dan pihak berkepentingan. - DagangNews.com

Terkini standard