Umisya Kongsi Video Aslam Bantu Uruskan Rumah Tangga Ketika Berpantang, Netizen Sebak - “Dia Ayah Yang Baik Tapi…”

26 Mar 2025 • 12:27 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepotong video yang dikongsi oleh pempengaruh Umisya Mazlan berjaya mendapat perhatian ramai. 

 

Menerusi video tersebut, Umisya berkongsi video memaparkan suaminya iaitu Aslam sedang membantu menguruskan kerja rumah selepas dirinya kini difahamkan sedang berpantang.

 

“Macam mana Misya berpantang sorang…mana ada sorang,” tulisnya menerusi video tersebut. 

 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Aslam yang dianggap sebagai bapa yang rajin dan sangat bertanggungjawab meskipun mempunyai dua isteri. 

 

“Mesti ada sebab kenapa misya pilih untuk stay, maybe sebab Aslam seorang suami and ayah yang baik tapi tersilap langkah. 

 

“Dia ayah yang baik mungkin sebab tu misya redha. 

 

“Selain BASS, this couple pun kite suka jugak. Allah uji sebab Allah sayang. Semoga Allah jaga Misya & family, dijauhkan dari hasad dengki manusia,” komen beberapa netizen. 

 

Sekadar info, nama Umisya mula melonjak naik selepas suaminya, Ahmad Aslam  bernikah dengan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.

 

Mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved