Ummi Nazeera Dedah Pernah Terima Ejekan ‘Godzilla’

EntertainmentLifestyle
19 Oct 2024 • 7:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ummi Nazeera

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan yang dirinya pernah diejek ‘godzilla’ kerana memiliki tubuh badan yang agak berisi suatu ketika dulu.

Menurut laporan Oh Bulan, Ummi berkata yang dia tersentak oleh ejekan yang datang dari seorang budak lelaki ketika dirinya berusia 11 tahun.

Dulu semasa saya 11 tahun, badan saya berisi sebab saya tinggi. Memang ada orang body shame saya ketika itu, panggil saya godzilla.

Pelakon itu juga berpendapat yang fizikal seseorang itu tidak patut dijadikan sebagai bahan ejekan. 

Saya sangat tidak setuju dengan body shaming terutamanya apabila ia berlaku di sekolah. Tapi hal itu berlaku ketika saya 11 tahun, umur 12 tahun saya terus kurus.

Perkara itu menjadi pembakar semangat untuk Ummi jadi kurus dan mengakui ianya pernah memberi kesan terhadap keyakinan dirinya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Ummi tetap kuat dan kini dia tidak lagi menerima ejekan seperti itu selain gembira dengan penampilan terkininya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan