UMNO 80 tahun: Wadah perjuangan tiada henti - Ahmad Zahid

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 10:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan parti itu sebagai sebuah wadah perjuangan yang tiada henti menjelang sambutan ulang tahun ke-80 penubuhannya pada 11 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sejak langkah pertama penubuhannya, UMNO telah membina sebuah perjalanan panjang yang mencorakkan hala tuju negara sejak kemerdekaan hingga pembangunan melalui pengorbanan, kepimpinan dan usaha tanpa henti.

"Tempoh 80 tahun bukan sekadar angka tetapi himpunan sejarah, kejayaan dan cabaran yang membentuk jati diri sebuah perjuangan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Ahmad Zahid berkata, UMNO yang diasaskan pada 1946 sebagai sebuah gerakan menentang Malayan Union bagi mempertahankan kedaulatan tanah air, lahir daripada semangat kesatuan dan keberanian bangsa.

"Inilah kisah tentang ketahanan, jatuh dan bangkit serta tentang sebuah legasi yang terus hidup dalam perjalanan masa depan negara,” katanya. - Bernama 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved