UMNO cabar cerai tetapi masih tarik selimut sebelah - AMK

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 8:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: UMNO cabar cerai tetapi masih tarik selimut sebelah - AMK
Nabil Halimi berkata, UMNO dilihat seperti mahu meninggalkan kerajaan, namun pada masa sama masih mahu mengekalkan kedudukannya dalam pentadbiran.

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggambarkan UMNO yang mencabar kerajaan untuk mengeluarkan Barisan Nasional (BN) daripada Kabinet seperti pasangan yang lantang meminta untuk bercerai.

Naib Ketua AMK, Nabil Halimi berkata, UMNO dilihat seperti mahu meninggalkan kerajaan, namun pada masa sama masih mahu mengekalkan kedudukannya dalam pentadbiran.

"UMNO ini macam pasangan yang mulut cabar 'ceraikan aku kalau berani', tapi beg tak berkemas, barang tak berangkat, malam masih tarik selimut sebelah.

"Nak berpisah, tapi sayang keselesaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar Kerajaan Perpaduan supaya mengeluarkan BN secara rasmi daripada kerajaan jika benar parti itu tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran negara.

Ahmad Zahid berkata, tindakan tersebut perlu dibuat secara terbuka dan mengikut proses demokrasi, termasuk mengadakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan benar-benar berani mengambil langkah berkenaan.

Menurut Nabil, tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dilihat lebih tegas apabila memilih untuk berada di blok pembangkang selepas tidak lagi selesa dengan kerajaan.

"Rasanya Syed Saddiq dan Muda lebih anak jantan, tidak selesa dengan kerajaan terus pindah kerusi Pembangkang," katanya lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved