UMNO mohon pengampunan penuh kepada Najib

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 8:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: UMNO mohon pengampunan penuh kepada Najib
UMNO memohon pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan penuh kepada Najib apabila mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan kelak.

KUALA LUMPUR - UMNO memohon pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan kelak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bagaimanapun akan terus menghormati proses ditetapkan.

"Namun, dengan penuh takzim, UMNO terus menaruh harapan agar pada mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang, permohonan Najib akan dipertimbangkan sebaik-baiknya.

"UMNO menjunjung kasih serta menghormati sepenuhnya proses dan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan berkaitan pengampunan.

"Dengan segala kerendahan hati, kami, Perhimpunan Agung UMNO yang bersidang, melafaz sembah memohon limpah ihsan dan perkenan Tuanku agar, sekiranya diberikan, dipertimbangkan pengampunan sepenuhnya kepada Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved