UMNO Negeri Sembilan Tidak Bincang Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Menteri Besar

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 5:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

UMNO Negeri Sembilan Tidak Bincang Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Menteri Besar

SEREMBAN, 7 Nov (Bernama) -- Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan hari ini tidak membincangkan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ismail Lasim, kata Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata mesyuarat yang dihadiri 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) serta ahli jawatankuasa badan perhubungan UMNO negeri dan ketua-ketua bahagian itu memberi tumpuan kepada perkara berkaitan parti serta perkembangan politik semasa negeri.

“Sampai pagi ini masih ada lagi kata-kata yang mengatakan bahawa hari ini kami akan buat keputusan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, namun sebenarnya tidak ada,” katanya selepas menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri Ismail berkenaan di sini hari ini.

Baca juga:

Jalaluddin yang juga ADUN Pertang berkata urusan pentadbiran kekal di bawah tanggungjawab Ismail sementara beliau berperanan memastikan kestabilan politik di negeri itu terus kukuh.

Justeru, beliau berkata semua wakil rakyat perlu memberikan sokongan dan pandangan kepada kerajaan negeri bagi memastikan pentadbiran dapat melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan rakyat di kawasan masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata tiada penglibatan ADUN BN dalam pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar di Istana Serting, Jempol semalam.

Semalam, media melaporkan dua daripada tujuh ADUN Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin, namun tujuan pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved