UMNO-PAS ‘bergurukan’ Trump, Mat Sabu dakwa sentimen ketuanan Melayu jadi modal politik

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 10:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa UMNO dan PAS menggunakan sentimen ketuanan Melayu untuk meraih sokongan politik, satu pendekatan yang disamakannya dengan kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Image from: UMNO-PAS ‘bergurukan’ Trump, Mat Sabu dakwa sentimen ketuanan Melayu jadi modal politik

Foto: mStar

Memetik laporan MalaysiaGazette, Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendekatan kedua-dua parti itu mengingatkannya kepada apa yang disifatkannya sebagai politik ketuanan kulit putih di AS.

Beliau turut berpandangan bahawa isu rasuah dan salah laku tidak seharusnya diketepikan atas alasan mempertahankan kepentingan sesuatu kaum.

“Bagi Pas dan UMNO pula, mereka kembali berjuang *assobiyah* sekarang ni. Laungkan Ketuanan Melayu kerana mereka ‘bergurukan’ Donald Trump.
“Donald Trump, *White Supremacy. America will become great again*. Itu dia punya kempen. Sekarang dia menang, dia menggunakan masalah ketuanan orang putih,” katanya ketika berucap dalam ceramah di Bukit Tambun.

Image from: UMNO-PAS ‘bergurukan’ Trump, Mat Sabu dakwa sentimen ketuanan Melayu jadi modal politik

Mohamad turut mendakwa DAP dijadikan sasaran serangan politik untuk menguatkan naratif kononnya masyarakat Cina akan mengambil alih negara. Menurutnya, naratif itu terus dimainkan walaupun peratusan pengundi Melayu semakin meningkat.

Beliau berpandangan sentimen perkauman itu membantu kedua-dua parti meraih sokongan di negeri yang mempunyai ramai pengundi Melayu, termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Maka dia main isu Cina dan Melayu. Cina baik, tak boleh terima. Asalkan DAP, tak boleh terima. Maka dia main itu, maka mereka boleh menang lebih-lebih lagi di Terengganu, Kelantan sebab Melayu ramai.
“Mereka boleh menang di Kedah kerana main isu Melayu, (sebab) Melayu ramai,” jelasnya.

Dalam ucapannya, Mohamad turut mengingatkan masyarakat supaya mengutamakan keadilan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang kaum. Beliau merujuk kepada konsep ‘Islam rahmatan lil alamin’ yang menurutnya mengangkat kepelbagaian masyarakat sebagai asas untuk membina perpaduan.

Sumber: MalaysiaGazette (Muhammad Azizul Osman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved