UMNO perlu jadi paksi sokongan Melayu hadapi PRU-16 - Khaled Nordin

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 12:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: UMNO perlu jadi paksi sokongan Melayu hadapi PRU-16 - Khaled Nordin
Mohamed Khaled pada sidang akhbar selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – UMNO perlu kembali menjadi paksi utama yang menyatukan sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan UMNO mampu menjadi 'pusat graviti' yang menyatukan kekuatan politik Melayu demi mewujudkan kestabilan politik negara.

Menurutnya, pendekatan itu bukan bermaksud UMNO mahu memonopoli sokongan orang Melayu, sebaliknya membentuk jajaran politik yang lebih tersusun bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

"Kita tidak bercakap soal dominasi sempit terhadap orang Melayu, tetapi bagaimana UMNO menjadi pusat graviti kepada penyusunan politik Melayu yang lebih stabil.

"Dalam tempoh 10 tahun lalu, kita menyaksikan politik orang Melayu berpecah-belah. Apa yang berlaku dalam PRN Johor membuktikan ahli UMNO berjaya menterjemahkan usaha untuk mengembalikan kestabilan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, di sini pada Sabtu.

Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, pendekatan jajaran politik antara parti-parti Melayu turut diterapkan dalam PRN Negeri Sembilan, namun situasinya berbeza ketika PRN Johor.

Mengulas mengenai PRU-16, Khaled berkata pilihan raya umum itu boleh diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada perkembangan politik semasa.

Katanya, keputusan PRN Melaka dan PRN Negeri Sembilan akan menjadi petunjuk penting kepada hala tuju politik negara, namun tarikh sebenar pembubaran Parlimen masih belum dapat dipastikan.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved