UMNO perlu perkukuh solidariti hadap cabaran politik mencabar 

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 7:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UMNO perlu perkukuh solidariti hadap cabaran politik mencabar 

KUALA LUMPUR: Seluruh kepimpinan UMNO diminta memperkukuh solidariti parti bagi menghadapi cabaran yang semakin besar dalam landskap politik negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu antara amanat yang disampaikan Presiden UMNO dalam taklimatnya hari ini. 

“Hari ini, menjurus kepada keinginan yang amat tinggi Presiden, semua pimpinan parti perlu memperkukuh solidariti bagi membolehkan kita menghadapi cabaran yang semakin besar dalam politik yang semakin kompleks.

“Itu antara mesej yang telah disampaikan oleh Presiden,” katanya ketika pemberita selepas selepas Taklimat Presiden UMNO di sini, hari ini.

Menurut Shamsul, Perhimpunan Agung UMNO juga menjadi platform terbaik kepada kepimpinan parti untuk memberikan penjelasan terhadap pelbagai persoalan yang dibangkitkan.

“Kita percaya,ini ruang yang terbaik untuk semua pimpinan menggunakan platform Perhimpunan Agung ini untuk menjawab persoalan- persoalan yang dibangkitkan.

“Terutamanya, usaha kerajaan untuk memberikan imej yang tidak baik kepada parti,” katanya. –UTUSAN 

The post UMNO perlu perkukuh solidariti hadap cabaran politik mencabar  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved