UMNO tidak akan ‘condong’ kiri atau kanan – Mohamad

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 10:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UMNO tidak akan ‘condong’ kiri atau kanan – Mohamad

KUALA LUMPUR – UMNO menegaskan pendirian untuk kekal sebagai parti politik sederhana atau ‘centrist’ serta tidak akan condong kepada ideologi kiri mahupun kanan dalam menghadapi landskap politik negara.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendirian tersebut menjadi asas perjuangan parti yang sejak sekian lama mewakili kelompok pertengahan dalam politik negara.

“Penegasan saya ialah, UMNO akan selamanya ‘centrist’. Ideologi kita ialah sentrisme. Kita tidak akan condong ke kiri atau ke kanan.

“Iltizam kita ialah mengimbangi antara idea dasar kiri dan kanan sebagai sebuah parti kebangsaan yang moderat. Spektrum pendirian UMNO sangat jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, pendekatan sederhana, pragmatik dan inklusif yang diamalkan UMNO selama ini membuktikan parti itu berupaya mengurus serta mentadbir negara selama berdekad-dekad.

“Kita telah diuji berpuluh-puluh tahun dalam mengurus serta mentadbir negara dengan sikap, dasar, pendirian dan keutamaan yang sederhana walaupun sebagai sebuah parti kebangsaan,” katanya.

Pada ucapan itu juga, beliau memberi peringatan jelas bahawa mana-mana pihak yang mahu menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO perlu menerima prinsip kesederhanaan yang menjadi tunjang parti itu.

“Sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan UMNO mesti menerima kesederhanaan dan sikap menengah UMNO.

“Anda tidak boleh memaksa ideologi konservatif atau radikal ke atas UMNO,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO tidak akan ‘condong’ kiri atau kanan – Mohamad appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved