Umno tiada cadangan lantik MB baharu Negeri Sembilan: Zahid

LocalPolitics
7 May 2026 • 3:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Umno tiada cadangan lantik MB baharu Negeri Sembilan: Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Umno tiada cadangan untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Umno tetap komited mempertahankan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak ada cadangan,’’ katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tindakan Dasat Sosial Negara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di Paroi berkata, selagi isu institusi diraja dan perlembagaan di Negeri Sembilan tidak selesai, keputusan besar termasuk pelantikan Menteri Besar yang baharu tidak boleh dibuat.

Justeru Loke berkata, selagi isu berkenaan belum selesai, tidak timbul mana-mana pihak boleh mengambil alih tugas Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.

“Dalam Negeri Sembilan, suka tak suka sekarang ini, masih ada konflik, masih ada masalah. Masalah dalam institusi diraja. Ada lagi isu di kalangan Yang Dipertuan Besar dengan Datuk-Datuk undang.

“Itu kita tak boleh campur. Kita hormat institusi itu.Tetapi selagi isu dan masalah itu tak selesai, apa implikasi dia? Implikasi dia, tak boleh ada apa-apa keputusan besar.

“Apa keputusan besar? Yang pertamanya, tak boleh lantik Menteri Besar Baru sebab tak boleh ada majlis angkat sumpah, yang kedua, tak boleh lantikan mana-mana Ahli Majlis persyarat kerajaan negeri yang baru,’’ kata Loke.

Dalam pada itu, Zahid berkata punca Umno menarik sokongan terhadap Aminuddin adalah kerana dakwaan campur tangan beliau dalam urusan Undang-undang Adat Negeri Sembilan.

“Kita bukan menolak tetapi tidak menyokong selagi beliau campur tangan di dalam Undang-undang Adat Negeri Sembilan dan kita mahu supaya soal pemerintah di Negeri Sembilan antara Yang di-Pertuan Besar dan empat Undang itu harus dihormati dan biarlah mereka yang menyelesaikan masalah itu,” katanya, lapor Malaysia Gazette. - 7 Mei, 2026

The post Umno tiada cadangan lantik MB baharu Negeri Sembilan: Zahid appeared first on Scoop.