UMS terima 6,171 pelajar baharu 

13 Sep 2026 • 9:38 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

UMS terima 6,171 pelajar baharu 

KOTA KINABALU: Seramai 6,171 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke program prasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan sesi 2026/2027, dengan pendaftaran bermula Sabtu hingga hari ini (Ahad).

Menurut kenyataan UMS, daripada jumlah berkenaan, bagi pelajar tempatan seramai 5,251 pelajar berada di UMS Kampus Kota Kinabalu, manakala 698 pelajar di UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan 222 pelajar di Fakulti Pertanian Lestari Kampus Sandakan.

“Jumlah ini merangkumi 4,325 pelajar dari Sabah, 1,021 dari Semenanjung Malaysia, 529 dari Sarawak dan 81 dari Wilayah Persekutuan Labuan.

“215 pelajar selebihnya merupakan pelajar antarabangsa dari 12 negara iaitu China, Jepun, Korea Selatan, Sweden, Arab Saudi, Yemen, Bangladesh, Pakistan, India, Indonesia, Filipina dan Timor Leste.

“Pengambilan pelajar pada sesi ini turut merangkumi tawaran prasiswazah laluan khas UMS iaitu sebanyak 3,380 bagi pelajar B40 ambilan UPUonline, 14 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), 8 orang asli dan 15 atlet sukan,” menurut kenyataan itu.

Kesemua pelajar baharu akan mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) selama seminggu bermula esok (14 Sept) sebagai persiapan bagi menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan kampus.

Dalam pada itu, tinjauan terhadap suasana hari pendaftaran menyaksikan urusan pendaftaran di setiap kolej kediaman berlangsung dalam keadaan baik dan teratur hasil daripada penambahbaikan terhadap masa-masa tertentu pendaftaran yang berbeza bagi mengelakkan kesesakan pada hari pendaftaran, selain para pelajar turut dibantu oleh sukarelawan Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang bertugas sepanjang dua hari pendaftaran dijalankan.

Turut bersama meninjau dan menyantuni pelajar baharu dan keluarga yang hadir antaranya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof Datuk Dr Rossita Shapawi; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Raman Noordin; Ketua Pustakawan UMS, Zawawi Tiyunin dan Penasihat Undang-Undang UMS, Awang Suhaizam Bungso.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved