“Umur 25 boleh duduk tak?”- Mewah macam resort! Netizen terpesona lihat pusat jagaan warga tua

14 May 2024 • 10:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen terpesona lihat pusat jagaan warga tua yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan selepas penularan sebuah video dimuat naik di platform TikTok sehingga ia menjadi topik perbualan ramai.

Menerusi video tersebut, ia jelas memaparkan suasana dan fasiliti yang ditawarkan di pusat jagaan warga tua dikenali Millenia Village.

Terpesona lihat pusat jagaan warga tua

Apa yang lebih membuatkan ramai teruja dan terpesona lihat pusat jagaan warga tua tersebut adalah keluasan kawasan serta persekitaran yang aman yang sememangnya menjadi idaman ramai terutama mereka yang mahukan ketenangan hidup.

Difahamkan, pusat jagaan warga tua itu dibina atas sebuah kawasan mini kuari yang telah diubah suai dengan pelbagai kemewahan demi keselesaan penghuni.

“Ini pusat beli belah atau kampus universiti? Tidak, ia merupakan pusat jagaan warga tua.
“Ini adalah tempat di mana mereka hidup dengan tenang dan damai dan ia dilengkapi dengan 344 unit,”katanya.

image is not available

@zestie.my

Transforming a mining quarry to a Senior living Resort @millenniavillage at Desa Millennia Mutiara, Persiaran Millennia Mutiara, Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan #senior #retirement #resort #home #entrepreneur #seremban #malaysia #fyp #foryou

♬ original sound – Zestie Malaysia – Zestie Malaysia

Tempat makan macam restoran!

Maklumnya, para penghuni juga disediakan makanan harian dan ia disajikan dalam suasana seperti di restoran yang menyediakan pelbagai jenis juadah mesra untuk semua kaum, baik Melayu, Cina atau India.

Selain itu, mereka juga akan menikmati fasiliti lain seperti gimnasium, pilates, yoga, fisioterapi, pusat urut, ruangan seni.

 

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Bagi menikmati segala kelengkapan dan fasiliti yang disediakan, para penghuni boleh memilih jenis bilik yang ditawarkan berdasarkan penawaran harga seperti yang dinyatakan.

image is not available

“Umur 25 boleh duduk tak?”

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi warganet di mana mereka teruja melihat segala kemewahan fasiliti yang ditawarkan seolah-olah sebuah percutian di sebuah resort.

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet meninggalkan soalan sama ada mereka boleh menghuni pusat jagaan tersebut meskipun usia masih muda.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @zestie.my