“Umur 30, Ramai Yang Tak Fit” - Alif Satar Setuju PLKN Kembali Dilaksanakan

4 Nov 2023 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Baru-baru ini kecoh tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang didakwa menyasarkan golongan belia berumur 16 sehingga 35 tahun.
 
Hal itu turut mendapat perhatian pengacara, pelakon dan penyanyi, Alif Satar yang menyokong saranan tersebut.
 
Menurut Alif, usia tidak sepatutnya menjadi penghalang kerana program itu dianggap sebagai salah satu cara untuk memupuk disiplin dalam kalangan belia.
 
“Saya rasa tidak perlu jadikan usia 35 tahun sebagai isu kerana perkara itu akan menyebabkan program dipandang negatif.
 
“Saya lihat mereka yang berumur 30-an, ramai yang tak fit. Dengan adanya program PLKN, ia membantu menjalani hidup sihat dan berdisiplin,” kata Alif.
 
Alif juga menitipkan pesanan supaya tidak melepaskan peluang sekiranya terpilih untuk menyertai program berkenaan.  
 
Sekadar info, Kementerian Pertahanan (Mindef) telah memberi keterangan bahawa remaja yang lahir pada tahun 2007 sahaja akan dipanggil jika program itu dilaksanakan pada tahun hadapan.
 
Sumber: Harian Metro
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved