Umur Lebih 60, ‘Nenek’ Demi Moore Masih Dapat Tawaran Berlakon Bogel

25 Jan 2025 • 9:56 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Aktres Demi Moore sudah berusia 62 tahun. Sebagai wanita yang sudah layak dipanggil nenek, warga emas ini masih menerima skrip dan tawaran berlakon yang memerlukan dia tampil tanpa seurat benang.

Ramai pengarah mahu Moore berbogel dalam babak yang telah disusun.

Namun bintang The Substance ini dikatakan enggan berbogel lagi pada masa akan datang.



The Substance adalah filem terakhir yang melihat penampilannya bogel di layar lebar. Moore juga tercalon di Oscar dalam kategori  Best Actress in Leading Role  menerusi wataknya sebagai Elisabeth Sparkle.



“Banyak skrip yang datang kepada Moore memerlukan dia tampil bogel. Tapi Moore tidak pasti sama ada mahu menerima atau melakonkan babak seperti ini lagi,” ujar satu sumber seperti dilaporkan USWeekly.



Sumber tersebut menambah lagi: “Moore percaya sudah sampai masa yang sesuai untuk mengatakan tidak atau menolak.”

Laporan sama mendedahkan pada usia lebih 60 tahun, Moore tidak takut mempamerkan tubuhnya kepada umum.



“Moore tidak ada masalah untuk berbogel pada usianya lebih 60 tahun tetapi ia mesti dilakukan pada projek yang dia percaya 100 peratus.



“Pada masa yang sama dia juga meragui dirinya untuk melakukan (babak bogel) walaupun dia sangat bangga dengan bentuk tubuhnya,” tambah sumber sama.