UMW Toyota perkenal Mobili-T Assist dan kempen ganjaran tawar lebih banyak nilai tambah

LocalCars
3 Nov 2026 • 12:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UMW Toyota perkenal Mobili-T Assist dan kempen ganjaran tawar lebih banyak nilai tambah Image from: UMW Toyota perkenal Mobili-T Assist dan kempen ganjaran tawar lebih banyak nilai tambah amree03/11/2026 - 12:41 Gambar kredit UMW Toyota Motor Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Nov — UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Mobili-T Assist dan kempen Move Your World Rewards bagi meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan Toyota, selain menawarkan lebih banyak nilai tambah serta kemudahan kepada pelanggan.

 

Menurutnya dalam kenyataan, inisiatif baharu itu memblehkan pemilik kenderaan jenama berkenaan kini berpeluang menikmati kemudahan kereta ihsan percuma sehingga lima hari serta merebut hadiah menerusi cabutan bertuah 100 unit iPhone Duo.

 

Katanya, menerusi Mobili-T Assist, pelanggan yang layak di bawah Toyota Insurance Package (TIP) boleh mendapatkan kereta ihsan secara percuma sekiranya kenderaan mereka memerlukan kerja pembaikan yang dianggarkan melebihi tempoh 14 hari.

 

"Kemudahan ini membolehkan pelanggan meneruskan urusan harian sementara menunggu siap dibaiki. Tempohnya hingga lima hari tertakluk ketersediaan kenderaan, syarat kelayakan dan terma, selain berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat," katanya.

 

UMW Toyota_DagangNews2026

 

UMWT menyifatkan manfaat itu sebagai antara kelebihan TIP, yang turut menawarkan perlindungan tanpa caj bagi kenderaan yang sudah berusia sehingga 12 tahun, tertakluk kepada tuntutan layak dan penggunaan alat ganti tulen Toyota sendiri.

 

Pakej ini turut menyediakan perlindungan nilai dipersetujui hingga 15 tahun dengan bayaran 100% daripada jumlah diinsuranskan bagi kes kehilangan keseluruhan atau kecurian, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam serta penilaian dan kelulusan tuntutan dalam tempoh 24 jam bagi dokumen lengkap, tertakluk kepada terma polisi.

 

Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pembaikan menerusi rangkaian 50 pusat Toyota Body & Paint di seluruh negara. Gabungan perlindungan insurans, khidmat pembaikan bertauliah dan bantuan mobiliti itu merupakan sebahagian daripada pengalaman pemilikan Toyota Extra Mile.

 

"Sementara itu, kempen Move Your World Rewards yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2026 menawarkan peluang kepada pelanggan individu yang mendaftarkan Toyota baharu dalam tempoh berkenaan untuk menyertai cabutan bertuah secara automatik," kata UMWT.

 

Toyota_DagangNews2026

 

Sebanyak 100 hadiah iPhone Duo ditawarkan menerusi dua cabutan bulanan, dengan 50 pemenang dipilih daripada pendaftaran yang layak bagi setiap bulan. Pelanggan Toyota sedia ada turut menikmati kelebihan dengan memperoleh tiga penyertaan bagi setiap pendaftaran kenderaan yang layak.

 

Jelasnya lagi, di samping peluang memenangi hadiah, pelanggan yang sedia ada juga boleh menikmati manfaat selepas jualan eksklusif bagi alat ganti dan aksesori terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

 

UMWT berkata, kedua-dua inisiatif itu mencerminkan usaha berterusan syarikat memperkukuh nilai pemilikan Toyota, bukan sahaja ketika pembelian kenderaan baharu, malah sepanjang tempoh penggunaan dan penyelenggaraannya. 

 

Maklumat lanjut mengenai Toyota Insurance Package, Mobili-T Assist dan Move Your World Rewards boleh diperoleh menerusi laman web rasmi iaitu www.toyota.com.my atau di mana-mana pusat Toyota Body & Paint sah di seluruh negara. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved