Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 4:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA: Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, undang-undang baharu itu hanya membabitkan penyelarasan aspek pentadbiran dan pengurusan bagi universiti serta kolej universiti.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa ada beberapa perkara walaupun sekiranya perlu diwujudkan atau digubal satu rangka undang-undang baharu untuk menyelaraskan aspek pentadbiran dan pengurusan bagi universiti dan kolej universiti.

“Namun aspek-aspek yang membabitkan pelajar dan mahasiswa tidak harus terkandung dalam undang-undang terbabit memandangkan undang-undang sedia ada sama ada undang-undang yang membabitkan polis dan sebagainya adalah terpakai,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa aspek yang perlu diuruskan membabitkan pentadbiran universiti dan kolej universiti sebagai institusi pendidikan tinggi.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) sudah tujuh kali dipinda sejak ia diperkenalkan pada 1971, dengan pindaan pada 2012 membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

Pindaan terbaru pada 2024 lalu menyaksikan tindakan tatatertib ke atas pelajar di universiti awam tidak lagi tertakluk di bawah kuasa Naib Canselor, sebaliknya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar iaitu menerusi pindaan Seksyen 16B AUKU. – UTUSAN

The post Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved