UNHCR henti pendaftaran, dokumentasi pelarian

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 11:33 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UNHCR henti pendaftaran, dokumentasi pelarian

PETALING JAYA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan aktiviti pendaftaran dan dokumentasi pelarian serta pemohon suaka di negara ini berkuat kuasa, semalam.

UNHCR berkata, langkah berkenaan dibuat selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengambil alih urusan pendaftaran komuniti berkenaan.

Katanya, UNHCR akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung pelan hala tuju peralihan yang dicadangkan bagi memastikan kesinambungan perlindungan kepada golongan pelarian dan pemohon suaka di negara ini.

“UNHCR akan terus memberikan nasihat teknikal, perkongsian kapasiti dan kerjasama kepada kerajaan sepanjang proses peralihan itu. Walaupun aktiviti pendaftaran dan dokumentasi dihentikan, operasi UNHCR di Malaysia tidak ditutup.

“Kami bersama rakan kerjasama akan terus menjalankan aktiviti lain termasuk penempatan semula dan memberikan sokongan kepada pelarian serta pemohon suaka yang mempunyai keperluan perlindungan mendesak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan menerusi Jabatan Imigresen mengambil alih peranan pendaftaran dan pengurusan data komuniti pelarian secara berperingkat.

Beliau berkata, pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi sistem Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi membolehkan kerajaan mempunyai rekod data yang sahih dan menyeluruh tanpa bergantung kepada entiti luar.-UTUSAN

The post UNHCR henti pendaftaran, dokumentasi pelarian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved