UNHCR henti aktiviti pendaftaran, dokumentasi pelarian di Malaysia

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 1:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: UNHCR henti aktiviti pendaftaran, dokumentasi pelarian di Malaysia
Kenyataan rasmi UNHCR di laman web mereka berhubung pemberhentian aktiviti pendaftaran, dokumentasi pelarian di Malaysia pada Rabu

SHAH ALAM - Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan semua aktiviti pendaftaran dan dokumentasi pelarian dan pemohon suaka di Malaysia berkuat kuasa pada Rabu.

Menerusi kenyataan rasmi di laman sesawangnya, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyatakan langkah berkenaan dibuat selaras dengan keputusan kerajaan negara ini untuk mengambil alih urusan pendaftaran komuniti berkenaan.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan pihaknya kini meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung pelan hala tuju peralihan yang dicadangkan bagi memastikan kesinambungan perlindungan kepada golongan pelarian dan pemohon suaka di negara ini.

"UNHCR akan terus memberikan nasihat teknikal, perkongsian kapasiti dan kerjasama kepada kerajaan sepanjang proses peralihan itu.

"Walaupun aktiviti pendaftaran dan dokumentasi dihentikan, operasi UNHCR di Malaysia tidak ditutup.

"Kami bersama rakan kerjasama akan terus menjalankan aktiviti lain termasuk penempatan semula dan memberikan sokongan kepada pelarian serta pemohon suaka yang mempunyai keperluan perlindungan mendesak," katanya pada Rabu.

Pengumuman tersebut menyusul dua hari selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengambil alih peranan pendaftaran dan pengurusan data komuniti pelarian secara berperingkat melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pada 16 November lalu, Saifuddin menjelaskan pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi sistem Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi membolehkan kerajaan mempunyai rekod data yang sahih dan menyeluruh tanpa bergantung kepada entiti luar.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan sistem baharu itu, beliau memaklumkan Fasa 1 DPP yang bermula sejak Januari lalu di depot tahanan imigresen merekodkan seramai 4,008 tahanan sebagai individu berpotensi diberikan perlindungan sementara.

Kesemua individu berkenaan perlu melalui proses tapisan keselamatan yang ketat serta Penentuan Status Pelarian (PSP) sebelum sebarang dokumen perlindungan sementara dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved