Uniform Team Atlet Mongolia Ke Olimpik 2024 Jadi Tumpuan, Memang Cantik!

Entertainment
20 Jul 2024 • 1:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika baru-baru ini kecoh di pelbagai platform media sosial apabila uniform rasmi atlet sukan Malaysia ke Olimpik Paris 2024 dikritik netizen kerana kelihatan murah dan corak belang yang menjadi identiti atlet Malaysia juga kurang ditonjolkan.

Namun, uniform atlet negara Mongolia pula menjadi perhatian ramai dan dipuji ramai warganet seluruh dunia kerana sangat cantik dan nampak classy.

Difahamkan, uniform atlet Mongolia yang dipuji ramai itu akan digayakan oleh atlet mereka ketika upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik 2024 di Paris pada 26 Julai nanti.

Rekaan uniform atlet negara itu telah direka oleh Michel&Amazonka dan pakaian rasmi atlet itu telah menyerlahkan budaya dan tradisi Mongolia.

image is not available

Ini kerana terdapat pelbagai motif tradisional dan warna kebangsaan mereka iaitu biru, merah dan putih serta simbol ‘Soyombo’ yang terdapat pada bendera negara mereka.

Lebih menarik apabila rekaan busana rasmi atlet Mongolia itu telah dikongsikan kepada orang ramai menerusi gambar rasmi yang diambil menerusi sesi penggambaran seperti pakaian-pakaian jenama-jenama mahal dan mewah.

image is not available

Memang macam photoshoot brand mewah!

Difahamkan juga, pakaian rasmi atlet Mongolia ini juga dihiasi dengan sulaman dan aksesori yang diinspirasikan daripada pakaian tradisional mereka.

Paling menakjubkan, menurut Jawatankuasa Olimpik Mongolia, setiap pakaian rasmi atlet tersebut juga mengambil masa secara purata 20 jam untuk disiapkan setiap satunya.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kecantikan uniform atlet Mongolia yang akan digayakan oleh mereka ketika upacara pembukaan Olimpik nanti.

@ryanyipfashion

Mongolia won Best Dressed for sure | short video

♬ original sound – Ryan Yip

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.