Unik Dan Menarik, Perbarisan Rumah Sukan Ikut Tema Stesen Minyak

29 Oct 2023 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap tahun pasti akan ada sekolah yang akan mempamerkan idea menarik bagi meraikan hari sukan.

Pastinya guru akan merasa teruja dan memberikan komitmen yang terbaik bagi memastikan hari sukan sekolah berjalan lancar.

Para pelajar pula akan bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan guru bagi memastikan rumah sukan mereka yang paling menarik.

Tular satu video mempamerkan sebuah sekolah meraikan hari sukan mereka bertema stesen minyak yang terdiri dari warna merah, kuning, hijau dan biru.

Kelainan mereka mengikut tema dapat lihat dari gimik yang dilakukan semasa acara perbarisan.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available

Ternyata pemilahan tema stesen minyak itu bernas dan setiap khemah rumah sukan dihiasi dengan logo dan bendera dengan menggunakan ‘mounting board’.

Video perarakan perbarisan itu menjadi tular dan mendapat komen positif dari netizen dan juga ibu bapa.

Rasanya, pihak syarikat stesen minyak sudah boleh menaja sekolah berkenaan kerana memberikan promosi percuma kepada mereka.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.