Unik Dan Menarik, Satay Mee Makanan Ikonik Di Bandar Sri Aman Yang Anda Perlu Cuba

24 Aug 2022 • 10:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lagi menu keunikan yang legend di Sri Aman, sudah cuba belum?

Unik Dan Menarik, Satay Mee Makanan Ikonik Di Bandar Sri Aman Yang Anda Perlu Cuba. Pernah dengar ‘satay mee’? Menu yang unik ini merupakan menu yang ikonik di mana anda hanya boleh jumpa menu ini di Sri Aman!

Buat pengetahuan anda, ‘Satay mee’ atau mi sate ini asalnya adalah mi goreng dan dilengkapkan dengan resipi rahsia kuah sate yang pekat. Dengar je mesti anda tak dapat bayangkan macam mana rasanya, kan? Tidak disangka-sangka, kombinasi hidangan ini sungguh enak!

image is not available
Menu Unik Dan Menarik, Ketahui ‘Satay Mee’ Makanan Ikonik Di Bandar Sri Aman Yang Anda Kena Cuba! Kredit gambar: FB Zak Gan Chuan Kee

Hidangan dari Raja Mi Sri Aman digemari ramai

Perniagaan mi sate ini merupakan hidangan istimewa di kedai Noodle King yang terletak di Kampung STC di Sri Aman. Dan yang paling menarik sekali, pengusaha mi sate ini, Encik Tiong pernah digelar sebagai Raja Mi Sri Aman.

Kedai ini sering dipenuhi oleh pelanggan setia nya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap hidangan mi goreng ala Foochow ini sudah menjadi kegemaran sepanjang masa di kalangan penduduk tempatan dan juga pengunjung.

image is not available
Kredit gambar: FB 张荣贵

image is not available
Kredit gambar: The Borneo Post

Sedikit latar belakang tentang beliau

Encik Tiong belajar memasak dari arwah ayahnya sejak usia 12 tahun lagi dan telah menceburkan diri dalam perniagaan hidangan lokal selama 60 tahun hingga sekarang. Apa yang istimewanya nya, mi yang digunakan dalam hidangan beliau adalah mi buatan hasil tangan beliau sendiri. Wahh, bukan senang ya!

Selain di Sri Aman, mereka telah buka cawangan di Kuching. Tidak perlu risau untuk drive jauh-jauh ke Sri Aman, anda juga boleh menikmati hidangan ikonik Sri Aman yang authentic di Noodle Master di Jalan Wan Alwi. Kami sertakan lokasi di bawah:

Lokasi : Jln Akses Sri Aman, Kampung Stc, 95000 Sri Aman, Sarawak
No telefon : 012-8095555
Waktu beroperasi : Setiap hari kecuali ISNIN ( 6.30am – 12.00pm )

Lokasi : Q112B, SL 54, Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya 93350 Kuching, Sarawak
No telefon : 016-8980666
Waktu beroperasi : Setiap hari ( 7.00am – 2.00pm )

Lagi di sini: